Famili

Amboi…Nak Kahwin 2, Tapi Hak Isteri Pertama Jangan Diabaikan, Ini Yang WAJIB Anda Tahu!

11
SHARES
hak isteri pertama

Sebut sahaja poligami pasti banyak je isunya. Sebenarnya kehidupan berpoligami ini tak salah asalkan ia mematuhi syariat agama Islam. Namun, banyak kita lihat situasi saat suami menikah  isteri kedua, yang pertama akan secara tak langsung berasa disisihkan. Penting untuk para suami tahu hak isteri pertama jika hendak berpoligami.

Paling mengecewakan apabila ada isteri pertama yang diabaikan suami selepas mereka berkahwin lain. Suami yang ingin memulakan poligami perlulah tahu tanggungjawab yang bakal mereka hadapi sebagai ketua untuk mengelakkan sebarang perselingkahan berlaku antara keluarga. Ikuti penulis mengenai hak isteri pertama, suami wajib tahu!

Baca juga: Diam-Diam Isteri Dimadukan! Kenapa Suami Suka Menipu Bila Nak Berpoligami?

5 HAK ISTERI PERTAMA DALAM PERKAHWINAN POLIGAMI

1. HAK BERMALAM

hak isteri pertama

Jika isteri redha berpoligami, suami kena pastikan hak bermalam di antara rumah kedua-dua isterinya adil. Suami perlu duduk berbincang dengan isteri-isteri mengenai pembahagian malam di setiap rumah supaya dapat elakkan berlakunya ketidakadilan dalam keluarga.

Boleh juga bahagi ikut minggu ataupun hari. Yang penting, capai kata sepakat antara dua pihak sebelum membuat keputusan sebagai ketua keluarga.

2. HAK MENDAPAT NAFKAH ZAHIR

Nafkah zahir adalah nafkah asas keperluan hidup. Di dalam hukum syarak, ia merangkumi makan, minum, pakaian dan tempat tinggal. Pastikan isteri pertama mendapat nafkah zahir secukupnya dan jangan sesekali melebihkan mana-mana pihak. Keadilan adalah kunci dalam perkahwinan poligami.

Jangan pula suami membelanja lebih kepada isteri kedua hanya kerana baru menikahi mereka. Layanan yang diberikan kepada isteri kedua perlulah sentiasa sama dengan isteri pertama. Jika suami beli baju baru buat isteri kedua, berbuatlah perkara yang sama kepada isteri pertama.

3. HAK NAFKAH ANAK-ANAK

hak isteri pertama

Jika anak masih kecil, hak untuk menuntut nafkah bagi pihak mereka adalah dibenarkan demi menjaga maslahah anak. Hak anak-anak adalah lebih utama daripada perbelanjaan diri sendiri. Ini kerana, anak perlu mendapatkan pendidikan, makan minum dan tempat tinggal yang baik meskipun ayah mereka berpoligami.

Jangan sesekali biarkan suami menghiraukan anak saat menikahi yang kedua. Pastikan suami anda beri layanan seperti biasa kepada mereka kerana anak perlukan ayahnya.

4. HAK MENGISYTIHARKAN HARTA SEPENCARIAN

Apabila ada tuntutan poligami di makhamah, sebaiknya isteri pertama harus pergi ke makhamah untuk mengisytiharkan apa-apa harta sebagai harta sepencarian. Ini adalah untuk mengelakkan suami memberikan mana-mana asetnya kepada isteri lain tanpa persetujuan isteri pertama.

5. HAK MENDAPAT LAYANAN MESRA

hak isteri pertama

Tujuan sebuah perkahwinan adalah untuk mendapat mawaddah wa rahmah yang merupakan kebahagiaan dan rahmat dari Allah SWT. Kebahagiaan tidak tercapai jika suami berpoligami hanya memberikan duit setiap bulan buat isteri, balik ke rumah mengikut giliran namun hati masih tetap duduk di rumah isteri kedua. Seperti isteri muda, isteri pertama perlu ada hak untuk mendapat layanan seperti mereka juga!

Nak capai kebahagiaan sebuah perkahwinan poligami itu bukanlah mencabar, namun hanya memerlukan suami yang bertanggungjawab menjaga keadilan antara pihak isteri dan juga memainkan peranan yang sewajarnya sebagai ketua keluarga. Semoga bermanfaat!

Sumber: Facebook Fahmi Ramli

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×