Euforia Bola 2026
Inspirasi

Momen Penuh Syukur & Sweet! Hajjah Datin Lisa Surihani Selamat Tiba Di Tanah Air, Disambut Keluarga Tersayang

datin lisa surihani

Selamat pulang Hajjah Datin Lisa Surihani! Kepulangan pelakon dan selebriti terkenal tanah air itu selepas menunaikan ibadah haji di Tanah Suci Mekah menjadi perhatian ramai peminat yang tidak putus-putus menitipkan ucapan syukur dan doa.

Baca juga: “Allah Jemput Sebab Preparation Dia Sungguh-Sungguh”- Netizen Kagum Lihat Buku Nota Lisa Surihani Tunai Haji, Lengkap Ilmu & Doa

MOMEN SEBAK KEPULANGAN HAJJAH DATIN LISA SURIHANI DARI TANAH SUCI

datin lisa surihani

Foto: Meletop

Momen penuh bermakna di Lapangan Terbang Antarabangsa KLIA sekitar jam 12.30 tengahari, Jumaat 12 Jun itu turut dikongsikan menerusi media sosial, memperlihatkan Datin Lisa Surihani kembali ke pangkuan keluarga tersayang termasuklah suami, Datuk Yusry Abdul Halim selepas menyempurnakan rukun Islam kelima.

Sepanjang berada di Tanah Suci, Datin Lisa Surihani sering berkongsi pelbagai pengisian rohani dan pengalaman yang menyentuh hati para pengikutnya.

Perkongsiannya mengenai kesabaran, keikhlasan dan pengorbanan sepanjang mengerjakan ibadah haji mendapat perhatian ramai kerana disampaikan dengan penuh rendah diri serta kesyukuran.

Bagi umat Islam, ibadah haji bukan sekadar perjalanan fizikal ke Mekah, tetapi juga perjalanan jiwa yang membawa seseorang lebih dekat kepada Allah SWT.

Malah, ramai netizen mengakui mereka turut terinspirasi dengan perkongsian yang dibuat oleh Lisa sepanjang berada di sana.

Ramai peminat turut meluahkan rasa gembira melihat selebriti kesayangan mereka selamat kembali ke tanah air dalam keadaan sihat dan dipermudahkan segala urusan sepanjang berada di Mekah.

Peminat Titip Doa Buat Hajjah Lisa Surihani, Ramai Komen ‘Sweetnya’

datin lisa surihani

Foto: Meletop

Ruangan komen di media sosial dibanjiri ucapan tahniah dan doa daripada para peminat yang mengucapkan syukur atas kepulangan beliau.

Antara komen yang ditinggalkan termasuklah doa agar segala ibadah haji yang dilaksanakan diterima Allah SWT serta dikurniakan haji yang mabrur.

Tidak kurang juga yang berharap agar pengalaman di Tanah Suci menjadi inspirasi kepada lebih ramai umat Islam untuk memasang impian menunaikan ibadah haji suatu hari nanti dan tersentuh dengan momen ‘sweet’ antara Lisa dan Yusry.

Kami di SirapLimau turut mengucapkan Selamat Pulang Hajjah Datin Lisa Surihani. Semoga segala amalan diterima Allah SWT, dikurniakan kesihatan yang berpanjangan serta memperoleh haji yang mabrur.

datin lisa surihani

“Haji mabrur tidak ada balasan baginya melainkan syurga.” Semoga kita semua turut diberikan peluang menjadi tetamu Allah di Tanah Suci suatu hari nanti.

Baca juga: Ada Beza Sampai 23 Tahun, 5 Pasangan Selebriti Ini Bukti Age Gap Bukan Halangan Untuk Sweet Bersemut!

Sumber: MELETOP

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×