Famili

‘Habis Beras 1 Tong, Dapur Macam Salji!’ – Ibu Kongsi Dugaan Apabila Anak Autisme Jadi Hyper Active

60
SHARES

Autism merupakan penyakit gangguan perkembangan otak yang berterusan dan kekal. Nama autism itu sendiri berasal dari Greek yang bermaksud sendiri. Autism juga dikategorikan sebagai satu penyakit psikiatri menurut The Diagnostic and Statistical Manual of Mental Disorders, 5th Edition (DSM 5) dan juga dikenali sebagai Autism Spectrum Disorder (ASD).

Kanak-kanak yang mempunyai penyakit ASD ini akan mempunyai masalah dari segi sosial, komunikasi verbal atau non-verbal dan masalah tingkahlaku. ASD tidak sama dengan penyakit Attention Deficit Hyperactive Disorder (ADHD) tetapi ada sesetengah kanak-kanak boleh mempunyai kedua penyakit ini sekali. Nurul Jannah Johari melalui laman Facebook Autisme Malaysia berkongsi tentang tingkahlaku anaknya yang mempunyai penyakit ASD ini.

Bilik Habis Tunggang Langgang

Allah bagi ujian sebab Allah sayang. Betul betul menguji lagi kali nie. Kali yang ke berape ratus kali pun tak tahu. Tetapi kali ini sampai 3 tempat macam di landa Garuda. Anak syurga saya tak tidur semalaman. So, around 7AM tadi die dan adiknya baru tidur. Adik dia perempuan umur 3 y/o and dia umur 5 y/o. Since saye pun tak tido semalaman. Lepas Subuh tadi, saya terlelap.

Tiba-tiba dalam pukul 10AM, saya di kejutkan dengan bunyi hempasan bidai dalam bilik. Rupanya 2 org anak bertuah ni dah bangun. Si Adik minta susu. Saya bangun and keluar bilik terkejut sebab benda pertama nampak bilik tetamu. Allah, Tuhan je tahu. Memang histeria terus. Pusing je tengok dapur dah macam salji. Habis beras 1 tong. Then bilik opis. Habis sepah. 3 tempat dalam 1 mase and this is new.

Then saya masuk bilik cari handphone. Tak jumpa. Dalam hati dah panik dah. Allah… Jangan lah jahanam handphone aku. Tanya si Abang. Dia tunjuk. Dalam tong beras rupanya and basah! Terus on hair dryer and dry kan HP. Alhamdulillah boleh on tpi speaker pecah pecah . Memang dah rasa nak cekik je budak budak ni. Dah macam nak gila dah. Heret dedua masuk bilik air. Rupanya dedua poopoo and that’s why diaorang bangun.

Now.. Still tak kemas lagi. Tengah bertenang and paksa budak berdua ni tidur. Sebab nak kemas dalam keadaan aman. PKP dah masuk Fasa 4. Anak syurga saya yg ASD, hyper gila.. Dah mula buat bukan bukan. Doakan saya parents. Doakan saya kuat menahan amarah. Kuat dengan setiap dugaan Allah. Hanya parents dlm nie je paham. Kalau org luar, di kata nya saye tak reti ajar anak. Tapi saya tak kisah apa org kata. Saya cuba pohon secebis doa dari kalian. Semoga saya terus kuat dan kuat. Amin.

Sumber : Nurul Jannah Johari

Most Popular

To Top
×