Didik

Guru Ini Kongsi Cara Ajar Anak ‘Bundarkan’ Nombor Guna Kaedah ‘Miskin Kaya’

7.2K
SHARES

Bila dah bergelar ibu atau bapa, anda perlu jadi seorang yang ‘serba tahu’. Tidak kiralah dari segi hal keibubapaan, cara untuk menyelesaikan sesuatu masalah, sehinggalah soal pendidikan anak-anak. Ini kerana, ibu bapa adalah ‘rujukan’ utama anak dalam apa saja yang mereka musykilkan. Pendek kata, anda perlu ‘bersedia’ menjawab apa jua pertanyaan daripada anak-anak.

Jangan terkejut juga, jika anda menjadi ‘guru’ di rumah. Anak akan tanya apa saja berkaitan pelajaran mereka kepada anda. Nak tak nak kenalah ‘korek’ balik ilmu masa zaman belajar dulu kan? Jadi, untuk persediaan awal, apa kata anda ketahui tentang satu ilmu matematik yang dikongsikan oleh seorang guru ini. Jadi, bila anak anda tanya, anda dah tahu macam mana nak ajar mereka.

Foto: TheAsianparent

4 Langkah Mudah Belajar Bundar Dengan Teknik Nombor Miskin Kaya

Baik, malam ni aku kongsi cara ajar anak-anak topik BUNDAR guna kaedah MISKIN KAYA. Cara ini sangat BERKESAN untuk murid tahun 2&3 serta murid tahun 1 yang sederhana dan laju.

Langkah 1

Kenalkan murid dengan NOMBOR MISKIN = 0-4 dan NOMBOR KAYA = 5-9

Langkah 2

BULATKAN kehendak soalan. Jika soalan minta Bundar kepada PULUH terdekat, BULATKAN nombor PULUH. Jika soalan minta Bundar kepada RATUS terdekat, bulat nombor RATUS.

Langkah 3

Buat DUA PILIHAN JAWAPAN

Jawapan pertama ialah NOMBOR ITU Sendiri (nombor yang dibulatkan) dan nombor selepasnya WAJIB ditukarkan menjadi ‘0’ (sifar).

Jawapan kedua MESTI LEBIH SATU (nombor yang dibulatkan) dari jawapan pertama dan nombor selepasnya tukar menjadi ‘0’ (sifar).

Contoh A :- Bundarkan no 73 kepada puluh terdekat.

Jawapan PERTAMA MESTILAH 70
dan jawapan kedua ialah 80.

Contoh B :- Bundarkan nombor 1265 kepada
ratus terdekat :-
Jawapan pertama ialah 1200
Jawapan kedua ialah 1300

Langkah 4

Lihat nombor di SEBELAH KANAN nombor yang dibulatkan.

~ Sekiranya nombor sebelah kanan itu NOMBOR MISKIN, maka jawapannya juga MISKIN.

~ Sekiranya nombor kanan itu NOMBOR KAYA, maka jawapannya mesti KAYA.

Selain guna ayat nombor Miskin nombor Kaya, boleh juga guna nombor Kecil nombor Besar.

Berdasarkan pengalaman aku mengajar selama 15 tahun, cara ini paling mudah untuk murid sederhana dan laju faham. Cara ini aku pernah kongsi pada tahun 2015 dulu, hari ni aku kongsi lagi. 

Murid slow aku akan guna teknik Turun Naik Bukit atau Rumah JIRAN.

Mungkin guru-guru anak kalian ajar teknik lain. Tiada masalah. Matematik punyai 1001 cara jawab. Asalkan anak faham, gunalah cara mana pun.

Sumber: Mohd Fadli Salleh

Most Popular

To Top