Pantang

Guna Tiga Bahan Dah Boleh Buat Kerepek Bawang Putih Yang ‘Crunchy’, Bagus Untuk Wanita Berpantang Tau!

2.9K
reads

Bawang putih merupakan salah satu makanan yang ternyata mempunyai banyak khasiat. Antara khasiat bawang putih adalah ia sesuai untuk menurunkan kadar kolestrol badan, bagus untuk membuang angin dalam badan dan sangat sesuai untuk diamalkan dalam pemakanan seharian wanita berpantang. Rupa-rupanya, selain dari dijadikan makanan dalam masakan seperti menggoreng sayur, bawang putih ini juga boleh dijadikan ‘chips’! Nak tahu sedap ke tidak, jom kita cuba!

Crunchy Garlic

Bahan-Bahan

1 kg bawang putih (rendam air untuk mudahkan kupas kulit)
Sedikit garam
Minyak utk menggoreng

Cara-Cara

1. Kupas bawang putih, hiris nipis-nipis dan gaulkan dengan sedikit garam.

www.facebook.com/groups

2. Tak nak gaul garam pun takpa. Goreng kosong macam tu je.

www.facebook.com/groups

3. Goreng sampai garing. Jangan hangit sudah.

4. Toskan minyak. Sejukkan dan simpan dalam bekas kedap udara.

www.facebook.com/groups

5. Bolehlah makan dengan nasi.

*Orang ada angin pon elok makan bawang putih ni. Tak semestinya orang berpantang saja. Selamat mencuba!

Sumber: Tuan Adrianna Arissa

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Yang Popular

To Top