Dapur

Guna Teknik ‘Prepping’ Ini Supaya Sayur-Sayuran Tahan Sampai Seminggu & Tetap Segar!

70
SHARES

Setiap kali buka peti ais, rasa rugi pula bila ternampak sayur yang dah layu. Baru simpan dua hari tapi bila nak masak, sayur dah tak segar. Kenalah pula beli yang baru. Nak pastikan kesegaran sayur kekal terjamin perlu ada cara penyimpanan yang betul. Memang rasa teruja nak masak bila tengok sayur tersusun cantik dan segar macam perkongsian Puan Hani di laman Facebooknya ini.

CARA MENGEKALKAN KESEGARAN SAYUR-SAYURAN

Ini cara untuk kekalkan kesegaran sayur supaya boleh tahan sekurangnya cukup untuk menu seminggu. Beberapa tips yang penting dan perlu dibaca sebelum nak mula prepping. Kalau kita teringin nak makan lauk sayur berdaun macam kangkung goreng belacan, pucuk manis masak lemak, bayam goreng. Masa kita planning untuk menu seminggu pastikan kita masak lauk-lauk sayur tu hari pertama atau kedua lepas shopping day. Supaya sayur berdaun still hijau dan segar. Especially pucuk manis cepat je menguning. Lagi-lagi kalau tak simpan dengan baik.

BENDA YANG DIPERLUKAN UNTUK PENYIMPANAN SAYUR

Setiap sayur jangan dibasuh! Basuh bila nak guna sahaja. Kalau nak basuh boleh, basuh dan pastikan lap kering-kering sebelum simpan. Pastikan sayur dalam keadaan kering bila nak disimpan. Benda yang kena ada masa nak prep, paling penting tisu dapur, ziplock bag dan ‘tipuware’ yang banyak (bonus : aluminium foil dan plastic wrap).

1) PENYIMPANAN SAYUR

1. Cili (padi, merah dan hijau besar) – masukkan dalam bekas bertutup, dilapikkan tisu kering, masukkan sebiji bawang putih (optional- pernah terlupa nak letak, tahan jugak lah seminggu dua), ketahanan – 1-3 minggu.

2. Sayur berdaun (kangkung, sawi, bayam, kailan) – lapik tisu kering dalam ziplock bag, masukkan sayur berdaun. Seal ziplock bag. Ketahanan untuk kailan mungkin lama sikit (1-5hari) untuk yang lain (1-3 hari).

3. Kacang buncis, kacang panjang, bendi, kacang botor, kacang peas – simpan dalam ziplock bag yang dilapikkan tisu kering. ketahanan 1-7hari, kecuali bendi (1-4 hari).

4. Dalam gambar saya masukkan kacang peas dalam bekas – pun boleh asalkan bertutup rapat; sebab kacang peas sikit je ziplock bag available kat rumah besar. Jimat ziplock bag.

5. Kobis, kobis bunga, brocoli – balut dgn plastic wrap. Balut ketat2 gitu. Ketahanan 1-7hari.

6. Baby corn – simpan dalam bekas bertutup yng dilapik tisu kering (1-7 hari).

7. Batang saderi – simpan dalam aluminium foil (ketahanan 1-2minggu) option lain, buat teknik rendaman macam lobak merah.

8. Tomato – simpan dalam bekas terbuka dilappikan tisu dapur kering. Jangan ditutup sbb tomato keluarkan gas ethylene yang boleh cepatkan proses ripening tomato. Ketahanan (tomato kehijauan 1-2 weeks, tomato yang dah masak (1-7hari)

9. Daun2 (kari, limau, sup, ketumbar, bawang) – dalam bekas bertutup dilapikkan tisu kering.

Teknik balut dengan plastick wrap

– Timun

– Terung

– Peria

2) TEKNIK RENDAMAN DALAM AIR

– Kunyit

– Lengkuas

– Halia

– Serai

– Lobak merah (kalau simpan mcm ni boleh tahan 1-2minggu)

– Tauge (letakkan asam keping supaya elakkan tauge lebam)

– Tauhu (air panas)

– Rebung

– Bunga kantan

– Fishball (yang rebus bukan goreng) (dalam air panas)

3) PENYIMPANAN SAYUR CAMPURAN

Kalau rajin boleh prep terus sayur mcmni terus. Contohnya ni untuk sayur kobis goreng, tomyam sayur dan paprik. Tapi pastikan sayur yang dah dipotong macam ni digunakan dalam tempoh 4hari. Kalau lepas 4 hari, Untuk lobak mungkin tahan seminggu tapi kobis dan kobis bunga akan hitam-hitam kat tepi-tepi kobis dan kobis bunga tu.

Untuk kobis goreng tu, saya masukkan je sebiji cili merah besar tanpa dihiris dulu takut nanti cili tu dah tak rangup masa nak masak.

4) PENYIMPANAN HALIA

Yang ni saya dah simpan 3 bulan. Untuk halia sahaja. Bila dah rendam lama-lama dalam air bila kita keluarkan bekas dari peti ais untuk ambil halia, pastikan bekas (yang berisi halia lebih-lebih) disimpan secepat mungkin balik dalam peti, kalau 2-3 jam dibiarkan di suhu bilik dia akan lembik dan rosak. Untuk kunyit dan lengkuas takpe. Halia special sikit.

Selamat ‘prepping’ ye!

Sumber: Hani Mynis

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×