Hebahan

Guna ‘myundi’, Anda Boleh Dapat Laporan Live Pilihan Raya Hanya Di Hujung Jari!

13
SHARES

Pada 12 September lalu, proses penamaan calon Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-16 telah diadakan bagi menyaksikan pertandingan merebut 73 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN). Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) membuat persiapan rapi di semua 73 pusat penamaan calon, yang antara lain terdiri daripada dewan masyarakat dan sekolah, bagi memastikan proses berkenaan berjalan lancar. Tarikh mengundi untuk Pilihan Raya Negeri Sabah (PRN Sabah) adalah jatuh pada 26 September 2020.

Oleh itu rakyat Malaysia boleh mendapatkan info-info terkini mengenai pilihan raya melalui portal berita myundi oleh REV Media Group yang telah dilancarkan pada pilihan raya 2018 yang lalu di www.myundi.com.my.

SEMUA ADA DALAM MYUNDI TERMASUK LIVE UPDATE!

Portal berita myundi 2020 kini dengan identiti, konsep dan reka bentuk grafik yang baru selari dengan penambahbaikan keberadaan perniagaan secara dalam talian dan kegunaan web. Melalui myundi juga, anda boleh mencari kisah-kisah terkini pilihan raya, tajuk utama, video, dan lebih banyak perihal berkaitan calon, undian, kempen dan sebagainya.

Antara tarikh penting bagi pilihan raya negeri Sabah adalah:

12 September 2020 – Hari Penamaan Calon

22 September 2020 – Hari Pengundian Awal

26 September 2020 – Hari Mengundi

PAPAR BERITA TERKINI

Orang ramai boleh menggunakan myundi sepenuhnya dengan ciri-ciri baru yang lebih moden, optimum dan lebih responsif. Segala maklumat dan informasi terdapat dalam myundi boleh dipercayai (memaparkan laporan berita terkini dari akhbar-akhbar terkemuka tempatan; Harian Metro, Berita Harian dan News Straits Times begitu juga laporan dan analisa dari TV3, ntv7, 8TV, dan TV9) dan diukur (keputusan undian mengikut masa sebenar).

Selain itu, myundi juga memberi akses kepada siaran langsung 24 jam di samping akses bagi melihat profil calon yang bertanding. Secara kesimpulannya, portal myundi merupakan direktori sehenti di mana orang ramai boleh mendapatkan berita, video, infografik yang interaktif dan banyak lagi perihal berkaitan pilihan raya.

Portal berita myundi boleh diakses melalui komputer, telefon pintar dan tablet di www.myundi.com.my di seluruh dunia.

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×