Teknologi

Rupanya Boleh Guna ‘Kamera’ Di Google Translate Tanpa Menaip, Scan Je Dah Tahu Maksud

2.8K
SHARES
cara guna kamera google translate

Ibu ayah yang kena ajar anak-anak waktu PdPR ni mesti ada yang dah pening kepala kan?

Tambahan pula yang ada kena ajar subjek yang kita sendiri pun tak faham, contohnya Bahasa Arab atau Bahasa Cina.

Mungkin selama ni kita hanya tahu Google Translate akan menterjemahkan tulisan yang ditaip dalam handphone atau komputer saja, tapi rupanya ia juga boleh mengesan tulisan secara direct daripada buku tau!

cara guna kamera google translate

Jadi, kita tak payah susah-susah nak suruh anak sebut atau taipkan perkataan tu lagi untuk tahu maksudnya, cuma perlu scan gambar dan nanti akan keluar maksudnya terus. Mudah sangat kan?

Ini cara guna kamera di Google Translate yang dikongsikan oleh Cikgu Zahran.

Cara Guna Fungsi Kamera Di Google Translate

Malam ni baru aku tahu google translator boleh scan sahaja di buku dan terus terjemah. Ni gara gara homework bahasa arab anak aku ni lah. Dah la aku ambik arab sampai 4 sanawi saja.

Mula mula pakai voice translator. Ke laut dalam. Lain aku sebut..lain dia terjemah.

Last sekali klik ja gambar kamera dalam google translate..scan kat buku..terus keluar.

Tapi sekali translate ayat ” Zalika Hisoonun Samiinun”…

“Kuda itu Gemok”…Macam perli pulak soalan ni.

Lepas ni homework Bahasa Arab macam makan kacang je…nak bahasa jerman pun bak mai sini…setel.

P/s: Kalau tak ada ikon kamera tu, download Google Lens. Nanti baru ikon tu ada.

Semoga Bermanfaat!

Wah, mudah betul kan?

Bolehlah ibu ayah cuba di rumah nanti.

Nanti kalau kita nak guna di mana-mana pun senang kalau dah tahu fungsi kamera dekat Google Translate ni.

Jom kita share dan beritahu pada semua rakan-rakan yang lain juga supaya sama-sama dapat memanfaatkan teknologi ini!

*Kredit : Cikgu Zahran

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×