Dapur

Guna 3 Bahan Saja Dah Boleh Buat Muffin Aiskrim Viral Ini

415
SHARES

Macam pelik dengar muffin yang diperbuat dari aiskrim kan? Haa, bukan benda yang baharu lagi kerana resipi muffin aiskrim ini telah menjadi viral! Tidak memerlukan banyak bahan dan mudah untuk dibuat, pastinya muffin aiskrim ini akan menjadi kegilaan anak-anak kita. Jom cuba!

BAHAN-BAHAN MUFFIN AISKRIM

Untuk jamuan raya anak hari ni. Sis cuba buat Muffin Aiskrim viral Alyna Embong Ina. Resepi guna 3 bahan. Simple & sedap. Tq ina share idea.

Cara-caranya

1. Campurkan tepung yang sudah diayak bersama aiskrim. Sebatikan guna seduk biasa je.

2. Masukkan choc chip/choc rice dalam adunan.

3. Masukkan adunan dalam cup ( boleh guna piping bag atau sudu).

4. Bakar api atas bawah dalam suhu 150 selama 15 minit untuk cup mini. Cup besar selama 18 – 20 minit dalam suhu 180 (bergantung kepada oven memasing)..Siap.

Guna cup besar sis gandakan kepada 4 cawan tepung + 4 cawan aiskrim + choc rice. Tapi kalau buat dalam cup kecik macam resepi asal tu lagi comel nampaknya. Next time kita try lagi.

Sumber : Farahama Rozali

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×