40 Minggu

Group Jijik Di FB ‘Jaja’ Gambar Ibu Mengandung. Awas Maiesiofilia!

3.4K
SHARES

Mungkin sebelum ni kita pernah dengar bahawa mendedahkan baby bump adalah aurat dan bagaimana ibu-ibu perlu lebih berhati-hati kerana ada golongan lelaki tertentu yang amat suka melihatnya.

Berbeza dengan pedofilia (iaitu lelaki yang tertarik secara seksual terhadap kanak-kanak), maiesiofilia pula adalah satu gangguan psikologi yang dialami oleh individu dewasa yang bernafsu dengan wanita mengandung atau dalam erti kata lain iaitu pregnancy fetishism.

Golongan ini gemar melihat gambar wanita mengandung atau mungkin berfantasi yang bukan-bukan apabila melihatnya.

Individu yang mempunyai penyakit ini digelar maiesiofiliac.

Bayangkan kalau mereka ini berkumpul dalam satu tempat atau FB group, apa yang dibincangkan?

Itulah bahayanya yang kita perlu cakna!

Terkini, difahamkan sebuah group bergelar Koleksi Mak Buyung Malaysia diwujudkan di Facebook dan menjadi ‘lubuk’ berkongsi gambar-gambar candid wanita mengandung untuk tatapan kaum maiesiofilia ini.

Naa Mia Henna, dalam sebuah hantaran berkongsi beberapa gambar screenshot yang amat mendedahkan perbualan mereka dengan gambar-gambar dan menjelikkan!

 

Gambar nampak perut perempuan mengandung bersepah!. Hati-hati jela. Takut ada gambar bini korang atau gambar korang duk dalam group ni.

Siap cari “candid collector”. Bukan kaleng-kaleng. Yang duk komen bukan-bukan pun kebanyakkan “fake”

Ini antara screenshot dari group berkenaan :

Hantaran tersebut menimbulkan kemarahan orang awam dan menggesa agar Page tersebut dilaporkan agar ia dipadam.

Berikut antara komen-komen mereka yang melihat hantaran tersebut:

Menurut Naa Mia juga, kebanyakan pengguna akaun dalam group ini menggunakan akaun palsu.

Jadi ibu-ibu, harap lebih berhati-hati jika berkongsi gambar anda di media sosial.

Macam-macam jenis manusia yang tak dapat diduga sekarang!

Semoga kita semua dilindugi daripada fitnah sebegini. 

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×