Grab (dulu dikenali sebagai MyTeksi), aplikasi terulung rantau Asia Tenggara kini memperkenalkan perkhidmatan GrabCar ke dua bandar utama, Melaka dan Kota Kinabalu.
“Grab telah pun berada di bandar ini semasa kami memperkenalkan perkhidmatan MyTeksi, namun GrabCar bertujuan untuk melengkapkan perkhidmatan teksi semasa dengan menawarkan pengangkutan alternative yang mudah dan berpatutan di lokasi tumpuan pelancong di mana pengangkutan, trafik dan tempat letak kereta sering menjadi isu,” kata Jaygan Fu, Ketua Pegawai Grab Malaysia.
Beliau turut berkongsi yang GrabCar bukan sahaja berkongsi aspek keselamatan yang sama seperti MyTeksi tetapi dengan beberapa ciri tambahan. “Kedua-dua pemandu GrabCar dan MyTeksi perlu melalui ujian saringan, mempunyai akses kepada perkhidmatan pelanggan 24jam sehari dan butang PDRM pada aplikasi pemandu jika terdapat kecemasan, penumpuan boleh berkongsi dengan rakan-rakan dan keluarga supaya mereka boleh menjejak di mana lokasi mereka dan kedua-dua pemandu dan penumpang adalah dilindungi dengan polisi insurans,” tambah Fu.
Tambahan pula, GrabCar mengenakan tambang-tetap dan pelanggan boleh memilih untuk membayar samada menerusi wang tunai atau kad kredit/debit. “Ini bermakna, tidak kira keadaan trafik, penumpang akan tahu berapa tambang yang perlu dibayar terlebih dahulu dan mempunyai fleksibility ketika membuat bayaran,” kata Fu.
Sejak pengenalan GrabCar di Lembah Klang pada tahun 2014, GrabCar, telah meluaskan operasinya ke Johor Bahru, Penang dan kini Melaka dan Kota Kinabalu.
Merdeka59*
Sejajar dengan pengembangan perkhidmatan ke Melaka dan Kota Kinabalu dan sambutan kemerdekaan ke-59 yang akan datang, Fu turut mengambil peluang untuk mengumumkan promosi Grab Merdeka59.
Dari Ogos 25 sehingga 31, 2016, pengguna GrabCar di Lembah Klang, Penang, Johor Bahru dan kini Melaka dan Kota Kinabalu bakal nikmati potongan RM5 untuk 9 GrabCar (Ekonomi) apabila membuat bayaran melalui kad kredit/debit.
Bagi menikmati promosi Merdeka59, penumpang hanya perlu:
- Muat turun aplikasi samada melalui Google Playstore ATAU Apple Appstore,
- Masukkan lokasi,
- Pilih untuk bayar melalui kad debit/kredit, dan
- Masukkan kod promosi: MERDEKA59.
Untuk maklumat lanjut tentang promosi Grab’s Merdeka59 atau GrabCar, sila layari http://grb.to/Grab-Merdeka59 dan www.grab.com.