Famili

Google News Kini Dalam Bahasa Melayu, Pembaca Boleh Dapatkan Berita Sahih

1
SHARES

Google hari ini melancarkan Google News dalam Bahasa Melayu untuk membawa lebih banyak berita tempatan kepada semua pembaca.

Google mudah diakses oleh orang ramai di seluruh dunia dan aplikasi yang tersedia di Android dan iOS, membuatkan pembaca mudah mencari berita dari sumber yang berwibawa.

GOOGLE NEWS KINI DALAM BAHASA MELAYU

GOOGLE NEWS

Isu-isu nasional sangat penting kepada orang ramai kerana berita tempatan adalah pengetahuan tempatan. Pemahaman bersama adalah penting dalam komuniti.

Satu langkah utama dalam memerangi berita palsu adalah dengan mengenal pasti dan menyusun cerita daripada pelbagai sumber berita. Google mencari lebih banyak cerita tempatan dari komuniti, memahami topik berita yang melanda negara dan global pada hari tersebut.

Ia bukan sahaja untuk memudahkan para pembaca mencari berita yang mereka inginkan tetapi juga membantu pihak penerbitan. Google News membawa pembaca ke laman web penerbit apabila mereka klik pada pautan. Ini bermakna ia boleh membantu mendorong trafik ke portal masing-masing.

Pada tahun 2022, Google menghantar lebih daripada 66 juta lawatan ke laman web penerbit Malaysia setiap bulan tanpa sebarang caj.

Google berharap dengan adanya Google News dalam Bahasa Melayu dapat membantu lebih ramai orang mencari berita yang mereka inginkan daripada pelbagai penerbit berwibawa di Malaysia dan luar negara.

Sekali gus, para wartawan dan penerbit sentiasa bekerja keras dalam menyampaikan berita.

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×