Hebahan

Good Hijab, Laman Web Gaya Hidup Muslimah Untuk Bantu Remaja Kurang Bernasib Baik

42
SHARES

SE Good Product Sdn. Bhd. hari ini melancarkan Good Hijab iaitu sebuah laman web membeli-belah (www.goodhijab.com) untuk jenama-jenama dan barangan gaya hidup Muslimah yang dipacu oleh misi kemasyarakatan untuk membantu remaja-remaja kurang bernasib baik. Majlis pelancaran Good Hijab telah diadakan pada Sabtu, 3 September 2016 di Ruang di Subang Jaya. Good Hijab menyatukan jenama-jenama hijab tempatan, barangan gaya hidup Muslimah dan juga para pengguna yang masing-masing berkongsi matlamat yang sama iaitu untuk membantu remaja-remaja kurang bernasib baik di Malaysia, di atas satu platform melalui laman webnya.

Mulai Isnin, 5 September para pengguna boleh melayari dan membeli pakaian Muslimah dan barangan lain melalui laman web ini untuk menyokong misi tersebut. Keuntungan dari jualan diguna untuk membiayai aktiviti-aktiviti bermanfaat oleh Good Hijab yang bertujuan memperkasakan remaja-remaja kurang bernasib baik dengan kemahiran-kemahiran baru dan memberi lain-lain bantuan. Sebuah keusahawanan sosial atau “social enterprise,” Good Hijab baru-baru ini dijenamakan semula dari Hijab for Good untuk mencerminkan misi kemasyarakatannya dengan lebih baik lagi.

goodhijab2

Ketika ini Good Hijab menawarkan pilihan-pilihan tersebut di bawah kepada para pengguna yang ingin membeli-belah sambil membantu:

Shop: Orang ramai berpeluang melayari pelbagai pilihan hijab yang datangnya dari lapan jenama dari Malaysia dan membelinya terus dari laman web Good Hijab untuk sama-sama membantu remaja-remaja yang kurang bernasib baik. Lapan jenama barangan Muslimah tersebut adalah Duchesscarf, Fathiyah’s Dreams, Hadeeya, Hybrid Fashion, Ku-Em Shawl, Lilscarfrack, Posh & Merry and Rihayaniz; 2

Flash Sale: Flash Sale menggunakan konsep bida di mana para pengguna membida sesuatu barangan hijab dan mendapat diskaun sebanyak dua puluh peratus dari pembelian mereka. Setiap proses bidaan berlangsung selama dua hari; dan,

Good Box: Good Box ditawarkan untuk cara langganan selama tiga bulan dan ia berharga RM90. Satu Good Box mengandungi selendang dan empat barangan gaya hidup Muslimah yang di pilih dan dikategorikan khas oleh Good Hijab sebagai barangan yang digelar Good Maker. Barangan Good Maker memenuhi kriteria-kritera halal, mesra alam, sihat dan dibuat atau dikeluarkan oleh orang-orang atau syarikat-syarikat yang juga mempunyai misi kemasyarakatan untuk membantu orang-orang yang kurang bernasib baik — semua ini berpandukan ketentuan oleh staf Good Hijab.

goodhijab1

Radziah Mohd Radzi, Pengasas Bersama dan Ketua Eksekutif “Giver” berkata, “Kami sangat teruja dengan pelancaran Good Hijab. Kami menawarkan para pengguna yang ingin membantu, suatu ruang atas talian di mana mereka boleh membeli-belah barangan-barangan yang datangnya dari syarikat-syarikat atau pembuat-pembuat yang juga berhasrat untuk membantu remaja-remaja kurang bernasib baik. Kami telah menjalankan penjenamaan semula baru-baru ini dan sekarang, dengan nama baru, identiti visual yang baru, platform web yang baru dan juga penawaran barangan-barangan baru, kami bersedia untuk terus ke hadapan. Kami bersyukur di atas sambutan baik yang kami terima dari pemilik-pemilik jenama tempatan yang menjual barangan mereka melalui platform Good Hijab kami dan juga ke semua rakan-rakan kongsi yang lain yang bersama kami di dalam misi penting untuk membantu remaja-remaja kurang bernasib baik.”

Ramai remaja yang kurang bernasib baik di Malaysia termasuklah yang tinggal di rumah-rumah perlindungan kurang berkemahiran dan ini membuatkan mereka lebih sukar untuk mencari pekerjaan, memulakan perniagaan atau meneruskan kehidupan yang selesa di dunia luar yang mencabar. Tanpa suatu sistem bantuan yang betul, mereka ini mungkin akan terpaksa menganggur atau menjadi gelandangan akibat tidak mampu menjana pendapatan. Menyedari hal ini, Good Hijab telah membuat keputusan untuk menolong memberikan sokongon berunsur pendidikan kepada golongan remaja ini.

“Dengan mengambil langkah aktif mengajar remaja-remaja kurang bernasib baik tentang bagaimana untuk menjadi seorang usahawan, pendandan rambut, pembuat roti, tukang jahit atau sediakan mereka dengan kemahiran-kemahiran berguna yang lain, kita boleh meninggalkan impak positif dalam masa depan mereka,” sambung Radziah.

Selain dari membeli sesuatu barang, pengguna-pengguna juga dijemput bersama-sama sertai akitivi-aktiviti bersama remaja-remaja kurang bernasib baik yang dianjurkan oleh Good Hijab untuk mereka mendapat pengalaman yang lebih bermakna lagi.

Good Hijab hari ini telah menggantikan laman web terdahulu dari jenama asal iaitu Hijab for Good dan platform baru ini lebih mesra pengguna dan lebih baik dari segi reka bentuk keseluruhannya.

 

Tentang Good Hijab

Good Hijab ialah sebuah platform membeli-belah untuk jenama-jenama dan barangan gaya hidup Muslimah yang dipacu oleh misi kemasyarakatan untuk membantu remaja-remaja kurang bernasib baik. Good Hijab menawarkan pelbagai pilihan pakaian Muslimah seperti hijab untuk jualan dan Good Box yang mengandungi barangan Muslimah dan ia boleh dilanggani. Keuntungan dari jualan digunakan 3

untuk membiayai aktiviti-aktiviti kemasyarakatan yang bermanfaat untuk memperkasakan remaja-remaja kurang bernasib baik dengan kemahiran-kemahiran baru.

Berpangkalan di Kuala Lumpur, Good Hijab dahulunya dikenali sebagai Hijab for Good yang bermulai pada 2015 dan kemudian melalui penjenamaan semula ke jenama yang sekarang ini. Good Hijab dimiliki oleh SE Good Product Sdn. Bhd. Untuk maklumat lanjut sila layari www.goodhijab.com.

 

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×