Famili

Gerhana Bulan Penuh ‘Super Flower Blood Moon’ Bermula 4.47 Petang Ini

171
SHARES

GERHANA BULAN PENUH
“SUPER FLOWER BLOOD MOON” 26 Mei 2021

Gerhana Bulan Penuh akan berlaku pada 26 Mei 2021 bersamaan 14 Syawal 1442H.

Fenomena ini berlaku ketika fasa bulan purnama di mana bulan, bumi dan matahari berada pada kedudukan yang hampir sejajar.

Kali terakhir ia berlaku di Malaysia adalah pada tahun 2018.

Menurut Agensi Angkasa Malaysia, ketika gerhana, bulan akan berada di kawasan bayang-bayang bumi yang gelap (umbra).

Warna permukaan bulan akan mengalami perubahan dari warna putih ke bersinar ke merah-merahan.

Orang ramai boleh mengikuti penstriman langsung (live streaming) fenomena Gerhana Bulan Penuh “Super Flower Blood Moon” melalui media sosial Facebook dan Youtube Planetarium Negara.

Walaubagaimanapun kemudahan teleskop tidak akan dibuka untuk orang awam di Planetarium Negara kerana situasi negara yang sedang melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).



Waktu fasa gerhana bermula pada jam 4.47 petang dan berakhir pada jam 9.49 malam.

Sila rujuk waktu fasa gerhana :

  • Penumbra bermula – 4.47pm
  • Separa bermula – 5.44pm
  • Penuh bermula – 7.11pm
  • Penuh berakhir – 7.25pm
  • Separa kedua berakhir – 8.52pm
  • Penumbra berakhir – 9.49pm

Gerhana bulan 26 mei 2021

Berikut adalah info ringkas tentang gerhana bulan penuh yang dikongsikan oleh Shahrin Ahmad via Falak Online:

INFO RINGKAS GERHANA BULAN PENUH 26 MEI 2021

1. Gerhana Bulan Penuh akan berlaku pada 26 Mei 2021. Bulan akan memasuki ke dalam bayang-bayang umbra Bumi pada jam 5:44 pm.

2. Malangnya, kita di Malaysia tidak dapat menyaksikan momen itu kerana Bulan BELUM TERBIT dan masih DI BAWAH UFUK.

3. Secara amnya, kita hanya dapat lihat bermula dari KEMUNCAK Gerhana hingga TAMAT gerhana.

4. Di SEMENANJUNG, secara amnya, Bulan berada di dalam fasa KEMUNCAK GERHANA PENUH ketika ia SEDANG TERBIT. Bulan sedang berada dalam keadaan gelap sepenuhnya ketika terbit.

5. Ini bermakna anda di SEMENANJUNG hanya dapat menyaksikan SEPARUH sahaja daripada FASA GERHANA PENUH.

6. Di SABAH dan SARAWAK, masih berpeluang melihat Bulan terbit dalam keadaan ia BELUM LAGI menjadi GELAP sepenuhnya, yakni bermula dari fasa gerhana separa.

7. Ini bermaksud anda di SABAH dan SARAWAK, berpeluang menyaksikan KESELURUHAN FASA GERHANA PENUH (Ketika Bulan gelap sepenuhnya) dari awal hingga akhir, iaitu SELAMA 14 MINIT.

8. Waktu untuk bandar-bandar lain tidak banyak beza dengan apa yang dipaparkan di dalam infografik ini.

9. Di jangka Bulan TIDAK MENJADI MERAH PEKAT atau GELAP kerana ia bergerak di sempadan bayang-bayang umbra dan gelap hanya 14 minit sahaja.

Semoga bermanfaat.

Gerhana bulan 26 mei

Bagi umat Islam, antara amalan sunat yang disarankan ketika berlakunya gerhana bulan adalah melakukan solat sunat gerhana bulan (khusuf) selain mengingati kebesaran Allah, bersedekah dan memuji Allah.

Rujuk Panduan Solat Sunat Khusuf sepenuh di artikel berikut: Panduan Solat Sunat Khusuf

Ayuh, jangan lepaskan peluang menyaksikan keagungan ciptaan Allah yang begitu indah ini!

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×