Sihat

Lidah Anak Ada Tompokan ‘Peta’? Itulah Simptom ‘Geographic Tongue’

98
SHARES
lidah anak bertompok

Pernahkah ibu ayah perasan macam ada tompokan putih kemerahan seakan berbentuk pulau / peta pada lidah anak?

Jika ya, anak anda mungkin mengalami sejenis kondisi lidah yang dinamakan ‘Geographic Tongue’.

Gejala ini sebenarnya boleh terjadi pada semua kelompok usia, termasuk pada anak-anak.

Walaupun kondisi ini nampak pelik dan kadangkala buat kita risau, ibu ayah tak perlu panik ketika kerana ia bukanlah kondisi serius dan tidak berkaitan dengan penyakit tertentu.

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang ‘Lidah Geografik’ atau ‘Geographical Tongue’ ini dengan lebih mendalam, jom baca maklumat yang telah dirangkumkan oleh tim SirapLimau.com dalam artikel ini.

Geographic Tongue: 5 Perkara Tentang Tompokan ‘Peta’ Pada Lidah Anak Yang Parents Kena Alert

1. Apakah Geographical Tongue?

‘Geographic Tongue’ atau ‘Lidah Geografik’ ini mendapat nama berdasarkan tompokan yang kelihatan seperti peta pada bahagian permukaan atas dan sisi lidah.

Kadangkala ia juga boleh berlaku pada bahagian lain di dalam mulut.

Menurut laman web kesihatan Web MD, ia juga dikenali dengan nama benign migratory glossitis atau erythema migrans.

2. Adakah Ia Merbahaya?

Tompokan ini boleh berada pada permukaan lidah selama beberapa hari, minggu atau bulan. Malah, ada yang mengalami kondisi ini sehingga setahun lamanya.

Walaubagaimanapun, ibu ayah tak perlu risau kerana ia tidak merbahaya dan bukanlah petanda jangkitan atau kanser.

Ia juga bukan penyakit berjangkit, bermakna seseorang yang mempunyai simptom ini tidak akan menjangkiti orang lain.

Baca juga : Lidah Bayi Putih? Ini 5 Perkara Yang Anda Patut Buat

3. Simptom

Antara tanda atau simptom geographical tongue ini adalah tompokan berbentuk peta pada lidah, dalam mulut atau gusi.

Tompokan ini mungkin:

  • mempunyai garis luar berwarna cerah atau putih
  • saiz, warna dan bentuknya berbeza
  • boleh bermula dari satu bahagian dan kemudian muncul di bahagian lain
  • tidak mempunyai bintik halus (papillae) yang biasanya menutupi lidah
  • tidak berasa sakit

Hanya 1/10 daripada mereka yang mempunyai simptom ini akan berasa sedikit sensitif terhadap makanan pedas, panas, berasid, atau asap rokok dan ubat gigi.

ajar anak minum susu

Foto Kredit: shutterstock.com

4. Punca

Lidah geografik sebenarnya muncul apabila lidah mengalami pergantian permukaan, di mana permukaan yang baru tidak muncul secara merata – ada yang terlalu awal dan yang lain muncul terlalu lambat.

Sehingga ini, punca berlakunya lidah geografik belum diketahui secara spesifik.

Namun, menurut Dr Marini Ismail menerusi Malaysian Medical Gazette, beberapa peneliti mendapati antara puncanya dikaitkan dengan

  • Pengaruh genetik
  • Psoriasis atau masalah keradangan kulit
  • Dikaitkan dengan diabetes, anemia, eczema / asthma atau stres
  • Makanan tertentu seperti keju
  • Faktor hormon seperti kitaran haid atau kehamilan

Ia juga lebih kerap berlaku kepada anak remaja dan perempuan.

pemeriksaan gigi anak kecil

Foto Kredit: andersonsmile.com

5. Rawatan

Biasanya tiada rawatan yang diperlukan untuk mengatasi masalah ini kerana ia akan hilang dengan sendirinya.

Namun anda dinasihatkan berjumpa dengan doktor atau doktor gigi jika ia menyebabkan ketidakselesaan.

Jika ia berkaitan dengan masalah kesihatan lain, antara rawatan yang mungkin boleh dapat membantu melegakan rasa tidak selesa adalah:

  • ubat tahan sakit
  • ubat anti keradangan
  • ubat kumur dengan anaesthetic
  • Corticosteroids
  • suplemen zink
gigi pertama bayi

Foto Kredit: Monroe Family Dentist

Apa Yang Perlu Diperhatikan

Meskipun tidak merbahaya dan selalunya tidak berkaitan dengan penyakit serius, pastikan ibu ayah sentiasa memantau kebersihan mulut anak.

Baca juga : Gusi Bayi Perlu Dijaga Walaupun Belum Tumbuh Gigi. Ini 8 Tips Penting!

Berjumpalah doktor jika anak mulai mengalami gejala berikut:

  • Anak mengalami masalah pernafasan
  • Anak mulai susah mengunyah, menelan, ataupun bercakap
  • Lidah anak mengalami pembengkakan
  • Muncul luka pada lidah yang tidak membaik dalam waktu 7-10 hari.

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×