keselamatan

Hanya Car Seat Berlabel Keselamatan R44 & R129 Diiktiraf Di Malaysia – MIROS

10.9K
SHARES

Kementerian Pengangkutan baru mengumumkan yang penggunaan kerusi keselamatan kereta kanak-kanak / baby car seat (CRS) bakal diwajibkan pada tahun hadapan.

Mesti ramai ibu ayah dah mula survey untuk beli car seat anak kan?

Dalam teruja nak pilih design yang berkenan, penting untuk ibu ayah tahu bahawa hanya kerusi keselamatan kanak-kanak (CRS) yang mempunyai piawaian keselamatan EN ECE R44/04 dan R129 dibenarkan digunakan di Malaysia.

Menerusi laporan oleh BERNAMA, Pegawai Penyelidik Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS), Nurulhana Borhan berkata bahawa piawaian itu ditetapkan Peraturan Pertubuhan Bangsa Bersatu (UNR) sebagai langkah keselamatan kanak-kanak yang mempunyai ketinggian kurang 135 sentimeter.

“Selain pensijilan Peraturan UNR, setiap produk CRS akan mempunyai pelekat E-Mark berwarna jingga yang tertera maklumat seperti kategori produk mengikut berat atau tinggi dan nombor kelulusan.

“Ia juga perlu mempunyai pelekat label QR sah daripada Miros, yang merekodkan maklumat spesifikasi teknikal CRS mengikut piawaian,” kata beliau.

 

Semak Label Dengan Teliti

Nurulhana berkata, pihaknya sering menasihatkan ibu bapa supaya tidak terpedaya dengan CRS yang murah, kerana ada juga jenama pengeluar yang tidak lulus piawaian tetapi melekatkan label tidak sahih dijual di pasaran.

“Apabila membabitkan isu keselamatan, setiap ibu bapa tidak boleh berkompromi, kerana tidak semua CRS berkualiti dijual dengan harga yang mahal, iaitu mencecah RM1,000 seunit.

“Sebenarnya ada CRS yang lulus piawaian dan ujian keselamatan, tetapi dijual pada harga yang rendah, seperti dari RM150 ke RM300,” katanya.

baby car seat malaysia

Foto Kredit: 123rf.com

Muat Turun Garis Panduan Kerusi Keselamatan Kanak-kanak Di Malaysia

Seiring dengan langkah itu, MIROS mengeluarkan Garis Panduan Kerusi Keselamatan Kanak-Kanak di Malaysia, yang boleh dimuat turun di bawah ini.

[ Muat turun Garis Panduan Kerusi Keselamatan Kanak-kanak Di Malaysia di pautan http://ow.ly/VrwQ30pLvFY. ]

Garis-Panduan-Kerusi-Keselamatan-Kanak-kanak-Di-Malaysia

Pelbagai panduan berguna dapat diperolehi dengan merujuk sebelum ibu ayah membuat keputusan membeli kerusi keselamatan kanak-kanak.

Antaranya tentang label piawaian keselamatan, jenis kerusi keselamatan yang sesuai mengikut umur, serta cara pemasangan yang selamat seperti yang dapat dilihat dalam rajah di bawah.

 

Semua maklumat ini sangat penting dan tentunya akan membantu ibu ayah membuat pilihan tepat apabila membeli kerusi keselamatan.

Garis Panduan Kerusi Keselamatan Kanak-kanak oleh MIROS yang mempunyau 32 muka surat ini juga boleh dimuat turun di laman web rasmi MIROS atau Facebook MIROS.

 

Jangan Ambil Mudah!

“Piawaian ini ditetapkan demi keselamatan pengguna. Jika sesebuah CRS itu tidak mengikut piawaian, ia bukan sahaja tidak dapat menyelamatkan mangsa kemalangan, tetapi akan memburukkan lagi keadaan,” kata Nurulhana lagi.

Jadi, jom sama-sama alert dan sebarkan maklumat penting ini supaya lebih ramai ibu ayah sedia maklum terhadap garis panduan ini.

 

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×