Rakyat

Gara-Gara Terlepas Tangan Bapa & Lari Ke Tengah Jalan, Kanak-Kanak Maut Dilanggar Kereta

408
SHARES

Sudah diingatkan kepada ibu bapa supaya sentiasa menjaga anak-anak kemana sahaja mereka pergi. Ini juga termasuklah perbuatan memegang tangan anak-anak khususnya yang masih kecil sama ada berada dalam bangunan atau ketika berada di kawasan terbuka.

Ternyata malang tidak berbau apabila satu kes kemalangan meragut nyawa telah berlaku dimana seorang kanak-kanak maut.

KANAK-KANAK MAUT DIREMPUH KERETA LAJU

Seorang kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun maut selepas dirempuh sebuah kereta dalam kejadian di Kampung Wa, Dungun, Terengganu, malam tadi.

Menurut laporan Awani, dalam insiden kira-kira jam 8.30, mangsa, Mu’tahal Assalami, maut di lokasi kejadian selepas mengalami kecederaan parah di bahagian kepala dan anggota badan. Ketika kejadian, mangsa bersama ahli keluarganya berkunjung ke sebuah restoran untuk menikmati makan malam.

Menurut bapanya, Assalami Ahmad, 61 tahun, dia bersama isteri dan tujuh anaknya baru sahaja tiba di restoran tersebut dari kediaman mereka di Kampung Jerangau.

PEGANGAN TANGAN ANAK TERLUCUT…

Ketika sedang memeriksa suhu badan, pegangan tangannya terlucut, lalu anaknya terus berlari ke tengah jalan. Sejurus selepas itu, sebuah kereta jenis Perodua Kancil yang dipandu seorang wanita tidak sempat mengelak lalu melanggarnya.

“Saya sedang tulis nama, pegang anak sebelah, kemudian dia sentap tangan dan lari ke jalan, saya kejar tetapi tidak sempat.”

Katanya, kereta yang dipandu laju tersebut kemudian melanggar anaknya dan terpelanting. Namun, apa yang lebih menyayat hati adalah si bapa mengangkat tubuh anaknya dan lihat anak sudah tiada.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Dungun Supt Baharudin Abdullah ketika dihubungi mengesahkan kejadian. Katanya, mayat mangsa dibawa ke unit forensik Hospital Dungun untuk bedah siasat. Kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan, APJ 1987.

Sumber: Astro Awani

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×