Famili

“Pada Mulanya Iman Hanya Terhantuk Biasa Sahaja, Namun Ketentuan Allah Dah Tertulis”

894
SHARES

Jatuh atau terhantuk dengan barangan di kawasan sekeliling sudah menjadi kebiasaan bagi kanak-kanak yang kian membesar. Maklumlah baru pandai berjalan dan membiasakn diri dengan keadaan sekitar, jadi naluri untuk ‘explore’ itu begitu kuat. Namun, lain pula kisah kanak-kanak ini apabila hidupnya bertukar sama sekali selepas mengalami kecederaan terhantuk di kepala.

Menurut ibunya, Nursasabila Kamarulzaman, anaknya hanya terhantuk pada kerusi dan bukan jatuh dari tempat tinggi. Hasil pemeriksaan awal di hospital pun mendapati kecederaannya tidak serius. Namun selepas beberapa hari, keadaan anaknya menjadi semakin teruk sehingga menjejaskan kehidupannya.

PADA MULANYA HANYALAH TERHANTUK YANG BIASA…

“Muhammad iman al khausar bin ismail” seorang kanak-kanak yang sangat riang dan petah berkata-kata..Namun ketentuan Allah sudah tertulis, mama dan papa redho akan ujian allah ini. Kami terima ujian ini dan percaya ada hikmah disebalik dugaan yang diberi.

Pada mulanya iman hanya terantuk biasa sahaja..iman bukan jatuh di tempat yang tinggi atau terantuk yang mnyebabkan dia cedera luka..hnya terantuk di kerusi dan benjol biasa sahaja. Kami membawa Iman ke hospital untuk periksa keadaan kepala iman. Selepas ujian xray dibuat..keputusan xray menunjukkan memang ada kesan benjol tapi tiada kesan retak atau kecederaan serius. Kami pulang ke rumah dengan hati tenang.

ANAK MULA DEMAM ON OFF

Selepas seminggu iman demam on off..kami bawa iman ke klinik swasta biasa untuk ambil antibiotik. Seminggu iman ambil antibiotik iman masih lagi demam on off. Jadi kami ambil keputusan untuk bawa iman ke hospital smula untuk follow up kes iman jatuh tu. Kepala iman pun naik benjol besar sikit dari mula-mula dia benjol, sampai di hospital hsnz kuala terengganu iman terus dibawa ke bahagian kecemasan dan diletakkan di zon kuning.

Selepas diperiksa darah hb iman rendah dan ct scan dibuat, hantukan yang dialami iman terkena betul-betul di saraf darah di kepalanya. Hasil ct scan iman menunjukkan memang ada pendarahan di dalam kepala iman. Luluh dan remuk hati mama mendengar apa yang pihak hospital katakan. Iman terus dimasukkan ke wad dan bantuan darah diberikan.

ADA KETUMBUHAN DI KEPALA ANAK

Semasa di wad doktor ada memanggil kami untuk memaklumkan hasil ct scan yang dibuat tu juga ada dijumpai ketumbuhan di kepala bahagian hadapan dan dibelakang bola mata iman. Ketumbuhan itu terjadi dari kelenjar yang aktif dan semakin teruk bila iman demam dan darah dijangkiti kuman. Seminggu iman di wad diberi antibiotik untuk membunuh kuman yang ada…tapi iman tetap demam..Jadi pada hari ini iman disarankan untuk ambik sum-sum tulang belakang. Tujuannya diambil untuk mengenalpasti jenis kuman dan penyakit yang dialami iman..kami akan menunggu keputusan dari pihak hospital atas ujian sum-sum tulang iman. Mama dan papa berharap agar keputusan yang diterima adalah keputusan yang mengembirakan dan iman akan dirawat dengan secepatnya. Mohon sahabat-sahabat doakan agar iman dapat sembuh sepenuhnya dan segala urusan untuk merawatnya dipermudahkan oleh NYA..aaminnn.

Sumber : Nursasabila Kamarulzaman

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×