Hebahan

Gara-Gara Taksub PUBG, Wanita Berstatus Isteri Sanggup Tinggalkan Suami & Anak Kecil

96
SHARES

PUBG merupakan antara permainan atas talian yang sangat popular dalam kalangan remaja. Cakap sahaja pasal permainan ini, pasti ramai yang tahu. Permainan aksi ini antara permainan yang di angkat di dalam perlawanan e-sports sehingga wujudnya pelbagai pertandingan yang menjanjikan wang tunai sebagai habuan pemenang.

Terbaru, menurut laporan Astro Awani, gara-gara permainan PUBG itu, seorang wanita yang juga berstatus isteri orang dikatakan telah sanggup meninggalkan suami dan anaknya yang masih berusia tiga tahun. Wanita dari Penarik, Setiu itu dikatakan telah menghilangkan diri sejkak 31 Mei lalu dan masih gagal dikesan sehingga kini.

Ini Merupakan Kali Kedua

Menurut suaminya yang hanya dikenali sebagai Apis, 24 dari Kampung Pantai Merang, Permaisuri, Setiu itu berkata isterinya yang baru sahaja berusia 22 tahun itu gagal dikesan dan telah keluar menggunakan sebuah motosikal. Tambahnya lagi, ini juga merupakan kali kedua dia telah menghilangkan diri dan kejadia pertama berlaku pada hujung tahun lepas. Menurut suaminya lagi, mereka bertengkar sebelum hari isterinya menghilangkan diri.

“Ini kerana dia asyik dengan permainan atas talian PUBG dan berkenalan dengan seorang lelaki yang mungkin mempengaruhinya sehingga bertindak sedemikian,” katanya kepada Astro AWANI.

Apis yang hanya membuat kerja -kerja kampung kesal dengan kejadian tersebut kerana mereka mempunyai anak yang masih kecil berumur tiga tahun dan masih memerlukan kasih sayang seorang ibu. Katanya, kali terakhir isterinya itu dikesan adalah di sekitar Manir apabila motosikal yang dibawa isterinya itu ditinggalkan di sebuah pasaraya di kawasan tersebut.

Dia dan keluarga telah membuat laporan polis di Balai Polis Penarik, Setiu berhubung kejadian itu pada Selasa lepas dan berharap agar mana-mana pihak dapat membantu mengesan isterinya itu dengan segera.

“Saya dan keluarga turut risau dengan keselamatannya kerana telah beberapa hari tidak pulang dan tidak tahu di mana dia berada. Harap pihak polis dan orang ramai dapat membantu mencari dia dengan segera,” katanya lagi.

Sumber : Astro Awani

 

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×