Tidak dinafikan, ibu mana yang tidak seronok apabila dikurniakan anak perempuan bukan? Inilah masanya untuk si ibu mendandan anak-anak seperti apa yang diimaginasikan semasa hamil. Salah satu dandanan yang menjadi kegemaran ibu adalah memakaikan anak mereka dengan barang perhiasan seperti emas.
Memang cantik dan comel tetapi macam apa yang dikongsikan oleh ibu ini di laman Facebooknya, dia memakaikan anaknya gelang emas sejak dari umur 3 bulan namun tanpa disedari, tangan anaknya mengecil apabila diperiksa oleh doktor!
PAKAIKAN GELANG DARI UMUR 3 BULAN, RUPA-RUPANYA…
Penantian menunggu second baby setelah 4 tahun.. Alhamdulillah dapat baby girl diberi nama Puteri Alice Kayyisa.. Ciwi baby girl takyah cakap lah sebagai seorang ibu mesti nak berdandan anak perempuankan tapi..baca smpai habis. Bagi Alice pakai gelang dari umur dia 3 bulan.. Setiap bulan adjust saiz gelang dia..
Gelang tu boleh gerak-gerak dekat tangan. Tapi bulan lepas saja rasa nakk pi cuci gelang Alice sebab nampak berdaki. Apa yang jadi bila buka gelang Alice, tangan Alice mengecil dekat pergelangan tanggan.. Walaupun gelang tu boleh gerak-gerak. Jadi Auni dah fobia nak bagi pakai. Nasib la buka nak cuci kalau tak, tak tahu apa jadi..Allah gerakan hati untuk buka.
TANGAN MENGECIL, GANGGU TUMBESARAN BAYI
Lepas kejadian Auni bawak Alice pergi klinik check tangan dia. Doktor cakap jangan bagi baby pakai gelang, rantai dan anting-anting sebab ganggu tumbesaran baby. Baby membesar waktu lena dia. Allah… seriat darah dengar.. Kalau la tak buka cuci tentu lagi teruk jadi.
Tu tanggan Alice dah semakin sembuh. Gambar tanggan tu gambar hari ni.. Ok dah tangan tak mengecil. Gelang ni nampaknya simpan saja la.. Tunggu Alice besar sikit baru Mommy bagi pakai atau tak pakai dah..Biasalahh simptom mak-mak nak anak dara segak comel.
Nampk comel pakai emas, pakai headband.. Rupanya bila jumpa doktor tak elok banyak kesan sampingan kalau kita cuai tak ambik tengok. Sumpah dah fobia.
Jangan judge Auni, sebab auni pun tak tahu akibat dia. Maybe ada yang pakai tak jadi apa-apa. Ada yang senasib macam Auni.. Niat nak share agar ramai dapat info ni dan tak terima nasib macam ni. Tak ada niat nak menunjuk. Cuma sebagai mak-mak memang tak dinafikan excited bila dapat baby girl mulalah nak berhias-hias. Tak salah pun cuma kita jangan lalai ja.. Nasib Allah gerakkan hati untuk buka, kalau tak.. Hmm tak tahu nak cakap apa.
Auni harap ibu-ibu muda di luar sana boleh terima dengan hati terbuka atas perkongsian yang terjadi kepada anak Auni sendiri. Kalaulah kita tau benda tu buruk mana mungkin kita buat. Auni pun tak tahu tapi lepas jadi dekat diri sendiri baru ada ilmu. Apa pun teima kasih kepada yang positif. Kongsilah dengan rakan-rakan, tak salah pakai cuma kena alert sentiasa..
Sumber: Auni Nazmi