Kini Trending

Gara-Gara Nenek Balik Kampung, Gadis Tumpang Tidur Dirogol Bapa Saudara

45
SHARES

Satu kejadian mengejutkan berlaku di Sungai Petani, Kedah apabila seorang remaja berusia 15 tahun didakwa dirogol oleh lelaki yang merupakan suami kepada ibu saudaranya ketika menumpang tidur di situ.

Baca juga: Wanita Jalin Hubungan Dengan Bapa Sendiri Hingga Hamil 2 Orang Anak 

DIROGOL KETIKA TUMPANG TIDUR DI RUMAH

Memetik laporan Harian Metro, mangsa dipercayai sudah berhenti sekolah dan dijaga neneknya sejak setahun yang lalu. Bagaimanapun, dia terpaksa menumpang tidur di rumah suspek berikutan neneknya pulang ke kampung mereka di Pendang, Kedah selama dua hari.

Difahamkan kejadian tersebut berlaku kira-kira jam 12 tengah malam dan mangsa ketika itu dipercayai sedang tidur di dalam sebuah bilik bersama ibu saudara serta dua sepupunya masing-masing berusia tujuh dan lapan tahun.

Ujar Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Zaidy Che Hassan pihaknya bertindak menahan suspek, 34, yang bekerja sebagai buruh selepas menerima laporan daripada mangsa.

Dalam laporan polis yang dibuat, mangsa mendakwa suspek masuk ke bilik tidur sebelum meraba tubuh serta merogolnya dan dia cuba melawan namun tidak berdaya.

Selain itu, mangsa juga mendakwa dia tidak berani menjerit kerana ketakutan.

Ada kesan koyak baru pada kemaluan

Susulan daripada itu, mangsa dibawa menjalani pemeriksaan di hospital dan mendapati terdapat kesan tusukan benda tumpul selain kesan koyak baru pada kemaluannya. Bukan itu sahaja, anggota forensik turut menjalankan pemeriksaan di lokasi kejadian.

Suspek telah pun ditahan dan akan direman selama tujuh hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan.

Sumber: Harian Metro

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×