Kini Trending

Gandingan Mantap Aedy Ashraf & Amelia Handerson ‘Penarik’ Kisah Cinta Kita

5.7K
SHARES

Sudah pasti ramai dalam kalangan anda yang akan setia menanti di hadapan televisyen apabila jam menunjukkan pukul 7 petang bukan?

Selami perasaan dan mainan emosi Amelia Henderson menerusi drama terbaharu ‘Kisah Cinta Kita’ dimana beliau menerima tawaran Aedy Ashraf untuk satu penyamaran identiti yang akhirnya menyebabkan dia terjerat dalam situasi yang genting.

GANDINGAN MANTAP ‘KISAH CINTA KITA’ AMELIA HANDERSON & AEDY ASHRAF

Terbitan oleh A. Aida Production, Kisah Cinta Kita bakal bersiaran selama 28 episod bermula hari ini menerusi slot Akasia TV3, setiap hari Isnin hingga Jumaat, pukul 7.00 malam. Para peminat drama Melayu juga berpeluang untuk menyaksikannya di platform penstriman popular Disney+ Hotstar Malaysia.

Kisah Cinta Kita merupakan idea asal daripada Rehal Nuharis dan Bikash Nur Idris yang juga merangkap penulis skrip untuk drama rantaian ini. Diarahkan oleh Riza Baharudin dan menampilkan barisan pelakon popular Malaysia seperti Aedy Ashraf, Amelia Henderson, Dato’ Jalaludin Hassan, Datin Seri Maria Farida, Khaty Azian, Ikmal Amry dan ramai lagi.

KISAH CINTA DAN PENYAMARAN

Drama rantaian ini mengisahkan tentang Aleesa (Amelia Henderson) yang telah didatangi seorang lelaki tidak dikenali, Amer (Aedy Ashraf). Dia diminta untuk menyamar sebagai Natasha yang telah menghilangkan diri dan kebetulan mereka berdua memiliki wajah yang sama. Memandangkan dia hanya perlu menyamar dalam tempoh yang sekejap sahaja, Aleesa bersetuju. Dia cuma perlu ke hospital dan berbual dengan Datuk Ramzi (Dato’ Jalaludin Hassan) yang belum sedarkan diri.

Malang tidak berbau apabila satu kemalangan jalan raya yang tragis telah menimpa Natasha, dan Amer mengarahkan Aleesa untuk meneruskan penyamarannya walaupun Aleesa tidak bersetuju kerana Datuk Ramzi telahpun sedarkan diri.

Namun, demi ibunya, Aleesa terpaksa meneruskan juga penyamarannya walaupun perasaan benci dan marah terhadap Amer meluap-luap. Dalam pada itu, Aleesa mulai berasa curiga dengan Amer apabila dia melihat Amer dan Datin Laila dalam keadaan yang mencurigakan. Apakah yang akan berlaku nanti?

Jangan lupa saksikan Kisah Cinta Kita gandingan Aedy Ashraf dan Amelia Henderson menerusi slot Akasia TV3, setiap hari Isnin hingga Jumaat, bermula hari ini, jam 7.00 malam.

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×