Famili

Four Points by Sheraton Desaru Tawar Percutian Lengkap, Siap Ada Golf & Waterpark!

73
SHARES

Malaysia terkenal sebagai destinasi pelancongan kerana tarikan lokasinya, dari pantai yang memutih, laut biru dan gunung yang menghijau. Tak hairanlah, jika pelancong luar pun sanggup datang ke sini untuk melancong.

Tapi korang tahu tak, ada lokasi di selatan tanah air yang wajib korang singgah. Segalanya ada di Desaru, lokasi percutian di Johor yang menjanjikan kepuasan maksima buat mereka yang gemarkan alam sekitar dan keindahan pantai!

APA YANG BEST ADA DI DESARU?

Desaru dikatakan mendapat nama dari gabungan perkataan “desa” dan pokok “ru” yang menghiasi landskap bandar pelancongan terkenal di daerah Kota Tinggi ini. Ia merupakan salah satu tourism spot pilihan pelancong setiap kali melawat ke Johor, tak kira pelancong tempatan atau antarabangsa.

Desaru terletak 100 km dari Johor Bahru dengan akses mudah melalui Lebuhraya Senai-Desaru. Keindahan pantai bersih, ditambah dengan pemandangan Laut China Selatan sudah tentu menjadikannya destinasi pilihan pelancong dekat dan yang jauh.

Baca juga : Anak Mesti Tak Nak Balik! Ini 6 Lokasi Padat Dengan Aktiviti Sempena Cuti Sekolah

HOTEL MENARIK DI DESARU

Four Points by Sheraton Desaru telah dibuka dan beroperasi sejak 18 November 2021.  Hotel yang moden dan serba baru ini dilengkapi dengan 311 buah bilik.

Terdapat 5 jenis bilik yang boleh ditempah dan semuanya memiliki Four Points by Sheraton Desaru signature comfort bed dan akses WIFI yang laju.

Bagi yang datang bersama keluarga, pilih Family Room yang berkeluasan 516 sqft dengan small tent dan soft toys special untuk anak-anak bermain. Bilik yang luas dengan kemudahan untuk anak-anak pastinya buat percutian family jadi lebih bermakna.

Menariknya, hotel ini mengetengahkan konsep tarikan tempatan yang ada di sekitar Desaru. Hiasan dinding yang menarik dan seni reka moden klasik menjadi lokasi instagrammable dan memberi mood tersendiri kepada pengunjung.

SEMUANYA BERDEKATAN

Antara tempat menarik yang boleh dilawati semasa menginap di sini ialah Desaru Fruit Farm, JungleWalla Desaru Coast, Taman Buaya Teluk Sengat, Air terjun Kota Tinggi, Johor horse carriage di Tanjung Balau.

Atau tak payah bersusah-susah susun itinerari sebab Four Points by Sheraton Desaru juga menawarkan pakej Splash & Bash, pakej penginapan satu malam dilengkapi dengan tiket masuk ke Adventure Waterpark Desaru Coast.

Kalau korang nak tahu, Adventure Waterpark Desaru Coast ini ada 5 zon permainan antaranya, Penawar Falls, Penawar River, Shipwreck Reef, Tidal Wave beach dan Kid Ahoys. Fakta menarik, Tidal Wave beach di sini antara yang terbesar di dunia tau!

Bagi yang minat main golf atau yang ingin belajar basic golfing. Korang boleh melawat ke The Els Club Desaru Coast yang mempunyai padang golf bertaraf dunia dengan permandangan laut dan pantai yang memutih. Four Points by Sheraton Desaru juga menawarkan pakej Swing and Play, lengkap dengan penginapan satu malam, bufet sarapan dan golf flight.

Menarik lagi, pengunjung boleh menaiki bas ulang alik berjadual secara percuma untuk ke pantai The Westin Desaru Coast, Adventure Waterpark dan The Els Club Desaru Coast.

MAKANAN FUSION TIMUR DAN BARAT

Selain penginapan yang selesa, makanan yang disediakan mestilah seiring. Jangan risau, restoran The Mesh yang terletak di Four Points by Sheraton Desaru menyajikan pelbagai juadah hidangan berkonsepkan antarabangsa dengan suntikan elemen citarasa tempatan.

Antara yang menarik dan perlu dicuba ialah 24 hours Slow Braised Short Ribs dan TSP Cheesecake. Dimasak perlahan dengan renehan herba seperti kayu manis, cengkih, bunga lawang, jintan manis dan dang gui sehingga daging berperisa dan lembut. Hidangan dilengkapkan dengan pomme puree (kentang) dan charred kailan.

Manakala TSP Cheesecake ini pula mengambil inspirasi daripada Tau Sar Piah, pastri tradisional cina yang dibuat menggunakan kacang hijau. Rasanya manis lemak dan tak jelak. Wajib cuba kalau datang ke sini!

Selain penginapan, Four Points by Sheraton Desaru juga perfect sebagai lokasi majlis dan acara bagi mereka yang ingin melakar momen istimewa. Penjawat awam atau kumpulan korporat juga mesti terpikat dengan kelengkapan dan fasiliti moden yang complete.  Sememangnya sesuai untuk acara rasmi dan mesyuarat.

Untuk maklumat lanjut, layari laman web Four Points by Sheraton Desaru di www.fourpointsdesaru.com atau hubungi 07-832 8888.

 

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×