Rakyat

[FOTO] Santap Bersama Para Pelajar, Agong Mencemar Duli Tinjau Suasana Sekolah

313
SHARES

Pengumuman pembukaan semula sesi persekolahan yang bermula pada 24 Jun 2020 menggembirakan ramai pihak terutamanya pelajar-pelajar tingkatan 5 dan 6. Dengan pembukaan sekolah itu, mereka juga tetap perlu patuh SOP yang telah ditetapkan oleh kerajaan. Hal ini sangat menyenangkan ramai pihak bagi meneruskan sesi pembelajaran.

Terbaru, melalui laman Facebook Istana Negara, kelihatan KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah mengadakan lawatan kerja ke sebuah sekolah di Kuala Lumpur hari ini. Lawatan ini diadakan bagi meninjau semula pembukaan sesi persekolahan.

Baginda Sedang Menikmati Santapan

Melalui perkongsian tersebut, Kelihatan Al-Sultan Abdullah sedang menikmati santapan bersama murid-murid di dalam kelas SMK Danau Kota, Setapak. Keberangkatan tiba Al-Sultan Abdullah di sekolah tersebut pada jam 10 pagi disambut oleh Menteri Kanan Pendidikan, Dr Radzi Jidin dan Pengarah Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan.

Di dalam lawatan ini, Al-Sultan Abdullah berkenan menerima sembah taklimat berkenaan pelaksanaan Garis Panduan Pengurusan Pembukaan Semula Sekolah KPM dan tatacara kebiasaan baharu yang perlu dipatuhi oleh para guru, murid dan ibu bapa atau penjaga.

Ini adalah penting bagi mencegah penularan wabak COVID-19, khususnya di sekolah-sekolah berikutan pembukaan semula sesi persekolahan untuk kelas peperiksaan awam yang melibatkan murid Tingkatan Lima dan Enam. Keberangkatan Al-Sultan Abdullah hari ini mencerminkan keprihatinan tinggi Seri Paduka Baginda terhadap keselamatan dan kesihatan para guru dan murid sekolah di seluruh Malaysia yang kembali bertugas dan belajar secara bersemuka setelah hampir tiga bulan sekolah-sekolah diarah tutup berikutan penularan COVID-19.

Seri Paduka Baginda menzahirkan penghargaan kepada Kementerian Pendidikan Malaysia, pihak sekolah dan semua guru di atas kesiapsiagaan serta persediaan rapi bagi menjamin keselamatan diutamakan dan mengelakkan risiko jangkitan di kalangan guru dan murid sepanjang berada di sekolah.

Seri Paduka Baginda turut menasihati para guru dan murid agar bersabar menjalani sesi persekolahan dengan tatacara kebiasaan baharu, termasuk penjarakan sosial, dan sentiasa berdisiplin menjaga kebersihan diri serta mematuhi garis panduan yang telah ditetapkan di dalam dan luar waktu persekolahan.

Al-Sultan Abdullah mendoakan semoga semua guru dan murid di Malaysia yang kembali bertugas dan bersekolah dipermudahkan segala urusan dan dilindungi Allah SWT.

Sumber : Istana Negara

Most Popular

To Top