Kalau sebut ‘Crocodile Hunter’, rasanya ramai yang tahu tentang rancangan dokumentari yang dihoskan bersama isterinya, Terri serta kemunculan anak-anaknya yang comel dan tak kekok langsung dengan haiwan, Bindi dan Robert.
Setelah kematian Steve Irwin ketika penggambaran di The Great Barrier Reef pada 2006 apabila disengat oleh ikan pari berbisa, keluarga Irwin tetap meneruskan minat dan misi Steve Irwin dalam memelihara haiwan liar di Australia.
Namun atas minat yang mendalam dan legasi yang ingin diteruskan, keluarga Irwin yang turut memiliki Zoo Australia telah membangunkan pelbagai aktiviti konservasi dan menyelamatkan haiwan, terutamanya dalam kebakaran besar di Australia baru-baru ini.
Dalam kekalutan COVID-19 ini, anak perempuan Steve, Bindi Irwin, 21 tahun telahpun meneruskan majlis perkahwinan mereka dengan hanya dihadiri keluarga mereka pada 25 Mac 2020 dengan pasangannya, Chandler Powell, 23 tahun.
Suasana Perkahwinan Indah & Unik Di Zoo Australia
Uniknya, majlis tersebut dilangsungkan dalam Zoo Australia, iaitu secara spesifiknya di lokasi di mana Steve Irwin sering membuat penggambaran.
Walaupun tidak dapat dihadiri oleh rakan-rakan dan keluarga, majlis itu tetap meriah dengan ‘penampilan istimewa’ daripada haiwan kesayangan mereka di Zoo seperti ular sawa, koala, zirafah, burung kakak tua dan macam-macam lagi.
Pilihan tema yang simple namun tetap simbolik, di mana Bindi mengenakan gaun perkahwinan yang seiras dengan gaun perkahwinan ibunya sendiri, Terri. Malah, kek perkahwinan yang dipilih berwarna khaki, sebagai mengabadikan memori terhadap ayahnya.
Adik lelaki Bindi, Robert Irwin yang berusia 16 tahun pula menjadi ‘wakil’ mendiang ayahnya yang berjalan memimpin tangan Bindi ketika majlis tersebut.
Bindi meluahkan rasa terharu dan teruja dengan memuatnaik foto-foto perkahwinan mereka yang unik dan indah. Menurut Bindi, beliau berasa sangat bertuah kerana dapat mengahwini kawan baiknya sendiri, Chandler Powell di tempat favourite mereka, iaitu Zoo Australia!
Berikut adalah beberapa gambar perkahwinan mereka yang dikumpulkan melalui beberapa laman web dan media sosial. Perkahwinan pasangan ini juga disiarkan dalam edisi khas di siaran TV Animal Planet.
Tahniah Buat Bindi & Chandler!
Wah, cantik dan unik gambar perkahwinan di zoo ni kan?
Comel tengok haiwan-haiwan tu pun macam sebahagian daripada keluarga mereka.
Difahamkan Bindi telah mengenali Chandler yang berasal dari Amerika selama 6 tahun dan mereka banyak terlibat dalam misi konservasi haiwan liar di Zoo Australia sebelum mengambil keputusan untuk berkahwin.
Malah, Bindi pernah berkongsikan sebuah foto ‘bukti’ bahawa Chandler adalah peminat ayahnya di mana gambar kanak-kanak Chandler memegang VCD Crocodile Hunter dimuatnaik di media sosialnya.
Tak sangka kan?
Comel betul pasangan ni!