Hebahan

[FOTO] Masjid Nabawi & Masjid Al-Aqsa Dibuka Semula Ikut SOP, Jemaah Sebak Ketika Solat

922
SHARES

Pada minggu lalu, Kerajaan Arab Saudi mengumumkan bahawa ibadah haji dan umrah akan kembali dibuka kepada umat Islam. Kota Mekah dan Madinah sebelum ini terpaksa ditutup buat sementara atas penularan wabak Covid-19. Ramai yang bersedih ketika pengumuman penutupan sementara itu.

Walaubagaimanapun, menerusi Facebook Masjid Al-Haram, dapat dilihat bahawa pintu Masjid Nabawi telah dibuka kembali oleh petugas bagi menyambut kembali kedatangan umat Islam bagi menunaikan haji dan umrah di kota suci itu.

Patuh SOP Penjarakan Sosial

Menerusi foto yang dimuat naik di laman Facebook tersebut juga menunjukkan bahawa para jemaah tidak melepaskan peluang menunaikan solat di Masjid Nabawi bagi meraikan pembukaan masjid tersebut. Mereka juga patuh pada SOP penjarakkan sosial dengan memakai penutup mulut dan jarak yang dijaga ketika menunaikan solat bagi mengelakkan sentuhan berlaku.

Masjid Al-Aqsa Juga Mula Di Buka

Selain dari Masjidil Haram dan Masjid Nabawi diumumkan dibuka kembali buat umat Islam, Masjid Al-Aqsa di Palestin juga dibuka kembali bermula hari ni

Masjid yang merupakan kiblat pertama umat Islama itu dibanjiri penuduk yang tidak ingin melepaskan peluang menunaikan solat pada hari pertama pembukaan masjid tersebut selepas 70 hari penutupan sebelum ini. Pihak pengurusan Masjid Al-Aqsa memaklumkan penutupan masjid itu dilakukan akibat dari penularan wabak Covid-19 di negara itu.

Para jemaah di Masjid Al-Aqsa juga tidak lari mengikuti SOP yang telah ditetapkan ketika menunaikan solat di masjid tersebut.

Sumber : Masjid Al Haram , Voice of the Cape

 

 

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×