Ternyata penularan wabak Covid-19 ini bukan sahaja dapat menjejaskan ekonomi seluruh dunia, malah pergerakan orang ramai juga turut terganggu. Sudah pasti ada antara anda yang mengambil keputusan untuk mengadakan majlis perkahwinan dalam bulan ini kerana bersesuaian dengan musim cuti sekolah.
Namun, hasrat ramai bakal pengantin terkubur apabila terpaksa menangguhkan majlis perkahwinan berikutan pengumuman Perdana Menteri semalam. Tetapi apa yang menariknya, pasangan pengantin viral di laman media sosial ini mengambil langkah dengan mengadakan majlis perkahwinan secara ‘drive-thru’.
KREATIFNYA MAJLIS KAHWIN DRIVE THRU 2020
Bersempena Isu Covid 19
1) Isyarat Tangan Sebagai Tanda Salam.
2)Tabung Sumbangan Pengganti Salam Keruk
3)Pihak Pengantin Hulur Makanan
4)Tetamu Ambil Makanan,Isyarat tangan Kembali Tanda Terima Kasih.
Kurangkan ke tempat terbuka dan bersentuhan.Kerana kami Prihatin.
Menerusi perkongsian yang dimuatnaik seorang pangguna Facebook, Dinas Bridal memaparkan pasangan pengantin mengadakan majlis perkahwinan mereka dengan idea ‘di luar kotak’. Pasangan pengantin, Ikin dan Mon ini juga menggelarkan tema majlis perkahwinan mereka sebagai ‘Drive-Thru’ kerana tetamu yang menghadiri majlis hanya berada dalam kereta sahaja.
Lebih menarik lagi adalah, pasangan pengantin ini juga telah menyediakan satu kotak yang dilabelkan sebagai ‘Tabung Sumbangan’ dan diletakkan di hadapan pelamin. Sekiranya para tetamu yang berhasrat untuk memberi sumbangan kepada pasangan pengantin ini, maka mereka akan memasukkan wang tersebut ke dalam kotak.
BUNGKUS MAKANAN, BAGI SECARA DRIVE THRU
*Memang kreatif!
Sumber: Dinas Bridal