Asuh

[FOTO] Macam Anak Korea! Wajah Comel Anak Izara Aishah Buat Orang Ramai Jatuh Hati

26
SHARES

Siapa yang tidak mengenali pelakon popular Izara Aishah bukan? Mempunyai raut wajah jelita dan masih nampak macam anak dara, Izarasudah mempunyai seorang cahaya mata perempuan bernama, Irisa Alaia yang berusia 10 bulan. Namun begitu, masih ramai dalam kalangan peminatnya yang jarang melihat raut wajah anaknya di laman media sosial.

Oleh itu, Izara akhirnya banyak memuatnaik foto cahaya matanya dan ternyata dapat mencairkan hati sesiapa sahaja!

MACAM ANAK KOREA!

Sekali pandang macam anak Korea! Mempunyai kulit yang putih, gebu dan mulus, wajah Irisa yang seakan-akan wajah anak-anak Korea ini membuatkan peminat dan pengikut ibunya di laman Instagram jatuh hati.

Bukan itu sahaja, telatah si kecil ini setiap kali di hadapan kamera juga mencuti hati orang ramai. Mana tidaknya, ramai yang sering meninggalkan komen bahawa si kecil ini sangat murah dengan senyuman!

Makin besar, makin hitam dan ikal rambut Irisa yang juga merupakan cucu kepada penyanyi nombor satu negara iaitu Datuk Sri Siti Nurhaliza. Tidak seperti selebriti lain yang mungkin wajah anak-anak mereka boleh dilihat di laman media sosial yang lain, wajah dan telatah Irisa hanya boleh dilihat melalui akaun Instagram ibunya sahaja iaitu Izara Aishah.

Memang comel dan cantik macam ibunya!

Sumber: Izara Aishah Official

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×