Pernah mencetuskan fenomena televisyen seluruh Asia, siapa yang tidak mengenali wajah kelita Kristine Hermosa bukan? Popular menerusi drama Filipina, Pangako Sayo dan Sanay Wala Nang Wakas, ramai dalam kalangan kita yang ‘melekat’ di kaca TV untuk menonton drama ini.
Pasti ada dalam kalangan kita yang tertanya-tanya apakah perkembangan pelakon jelita ini. Adakah dia masih cantik seperti dahulu? Jadi, jom kita tengok wajah terbaharu Kristine Hermosa yang pasti memukau anda!
MACAM ANAK DARA, KRISTINE HERMOSA KEKAL JELITA HAMIL ANAK KELIMA
Kristine yang bakal menginjak umur 39 tahun pada tahun ini bukan sahaja mempunyai suami yang penyayang malah dia juga telah dikurniakan 4 cahaya mata! Bukan itu sahaja, dia juga sedang hamil anak kelima dan berita tersebut diumumkan pada tahun lepas bersama suaminya.
Walaupun sebelum ini hangat hubungannya bersama pelakon Jericho Rosales diperkatakan, namun Kristine berkahwin dengan Oyo Sotto pada Januari 2011 setelah setahun bercinta. Mereka juga berkenalan ketika berlakon di set penggambaran yang sama.
Kristine Hermosa ini memang dikenali bukan sahaja dari bakat lakonannya, malah dia mempunyai raut wajah yang jelita dan lembut. Mempunyai darah keturunan Sepanyol, Filipina dan Cina, ini yang menjadikan Kristine mempunyai raut wajah serta kulit yang menjadi dambaan lelaki dan wanita.
*Cantik sangat!
Sumber: Kristine Hermosa-Sotto