Korea merupakan negara yang sangat dikenali dengan negara yang mementingkan kecantikkan. Memang tidak dapat dinafikan, wanita di Korea mempunyai kulit yang cantik dan tidak ditelan usia.
Mengamalkan gaya hidup yang sihat termasuklah dari segi pemakanan adalah rahsia utama kepada kecantikan dan kesihatan berpanjangan masyarakat Korea. Kalau anda perasan, wanita di Korea masih kelihatan muda walaupun sudah berumur 40 tahun ke atas!
MACAM NI DAH UMUR 50 TAHUN?
Baru-baru ini kecoh di laman media sosial dimana salah seorang wanita dari Korea yang merupakan doktor gigi ini kelihatan seperti umur 25 tahun walaupun sebenarnya sudah berusia 50 tahun! Lee Su Jin yang merupakan pakar pergigian di salah sebuah klinik di Seoul mendapat perhatian apabila muncuh di dalam program perubatan di kaca tv, Same Bed, Different Dreams.
Ramai yang bertanyakan apakah rahsia kepada wajah remaja Lee Su Jin walaupun sudah berusia 50 tahun. Ternyata, apa yang dikongsikan oleh Su Jin adalah beliau hanya mengamalkan gaya pemakanan yang sihat, bersenam dan keturunan. Nampaknya keturunan Lee Su Jin memang semuanya awet muda.
Ini merupakan anak Lee Su Jin yang baru berusia 20-an. Sekali pandang, nampak macam adik-beradik!
Anak Lee Su Jin pernah murung dan tidak bercakap dengannya kerana mendapat pelbagai pertanyaan dan kecaman mengenai ibunya di sekolah. Namun, berbeza pula dengan Su Jin dimana beliau gemar untuk berkongsikan gambar dan rahsia kepada kecantikan dan awet mudanya.
Sumber : LeeSuJin