Percutian

Forest Skywalk FRIM Sudah Dibuka Untuk Orang Ramai, Sesuai Untuk Anda Yang Tak Gayat!

151
SHARES

Setiap kali hujung minggu, pasti terfikir-fikir kemanakah lokasi yang boleh dilawati bersama seisi keluarga bukan? Asyik masuk dalam pusat beli-belah sahaja pun boleh mendatangkan bosan dan ‘kempis’ dompet. Jadi, salah satu alternatif yang boleh dibuat adalah dengan menghabiskan masa bersama aktiviti semulajadi.

Buat anda yang sukakan aktiviti semulajadi dan bukan orang yang mudah gayat, berita baik adalah Forest Skywalk FRIM di Kepong sudah dibuka untuk orang ramai! Jadi, inilah masanya untuk anda luangkan masa bersama keluarga sambil menyaksikan pemandangan kawasan sekitar serta menghirup udara segar!

FOREST SKYWALK FRIM SUDAH DIBUKA

Forest Skywalk FRIM telah dibuka. Khas untuk mereka yang sukakan ketinggian, Forest Skywalk (atau Jejantas Rimba) FRIM di Taman Botani Kepong (KBG) akan dibuka kepada orang ramai bermula 31 Ogos! Jejantas yang berketinggian 18 – 50 meter ini pastinya akan memukau anda dengan panorama kawasan sekitar, termasuk Hutan FRIM serta kawasan Kepong dan Kuala Lumpur.

Malah dari menara peninjauan, anda boleh melihat pemandangan sejauh 30km termasuk bangunan-bangunan pencakar langit terkenal seperti KLCC, Menara KL, The Exchange 106 dan Menara TM.

📍Lokasi: Forest Skywalk – FRIM [Waze/ Google Maps]

Untuk pertanyaan, sila hubungi Pusat Informasi Pelawat (VIC): [email protected]/ 03-6279 7592/7596/7649].

Selain bayaran tiket ‘Forest Skywalk’, terdapat juga caj parkir (RM5), kemasukan KBG (RM 1) dan kamera DSLR (RM5). [www.frim.gov.my/ms/tarikan/pas-tiket-kemasukan/] juga dikenakan.

UNTUK ANDA YANG SUKA KETINGGIAN

Harga tiket seperti berikut:

– Pelajar (umur 7-17 tahun): RM 8 | *RM25 caj bagi bukan pemegang MyKad

– Kakitangan FRIM: RM 8

– Warga emas: RM 10 | *RM40

– Dewasa: RM 15 | *RM 40

– Caj tambahan untuk menara 50 meter (terhad kepada mereka yang berusia 13 tahun ke atas): RM 5 | *RM10

– Kanak-kanak berusia 6 tahun ke bawah tidak dibenarkan menyertai aktiviti ini.

Sumber: FRIM

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×