Hebahan

Flash Plus 2 Perkenalkan ‘Kid Mode’ Untuk Menjadikan Setiap Gambar Si Kecil Sempurna

10
SHARES

Foto bayi-bayi comel tersenyum dan kucing-kucing comel banyak dikongsikan di media sosial, namun, tanyalah kepada sesiapa sahaja, untuk mendapatkan perhatian bayi mahupun haiwan peliharaan bagi menangkap gambar mereka bukan satu perkara mudah.

Akhirnya, apa yang ibu bapa dan para pemilik haiwan peliharaan comel akan perolehi ialah gambar-gambar kabur yang menunjukkan anak atau haiwan peliharaan mereka itu memandang ke semua arah selain daripada kamera.

Memahami keresahan ibu bapa dan para pemilik haiwan peliharaan, Flash menawarkan satu penyelesaian yang mudah.

Penyelesaian itu dibawa oleh keluarga terbaharu Flash, iaitu Flash Plus 2, telefon pintar internet premium yang didatangkan dengan perisian fotografi hebat termasuk Kid Mode.

Kid Mode akan menghasil pelbagai bunyian comel yang akan mencuri perhatian si comel atau haiwan peliharaan anda untuk waktu yang mencukupi bagi merakamkan gambar ekspresi kekaguman, keriangan dan kegembiraan mereka.

Antara bunyi-bunyian comel yang dihasilkan yang pasti akan mencuri perhatian mereka ialah bunyi melenguh lembu, mengiau kucing, meringkik kuda, choo-choo keretapi, irama harp dan juga bunyi laser!

Bukan setakat itu, banyak lagi bunyian yang akan menimbulkan rasa ingin tahu anak-anak dan haiwan peliharaan yang boleh anda dapati dengan Flash 2.

Telefon premium yang didatangkan dengan perisian Kid Mode ini boleh anda miliki dengan harga yang amat berpatutan.

Kedua-dua model 2GB dan 3GB berkenaan masing-masing boleh diperolehi dari gudang beli belah online terbesar di Asia Tenggara, iaitu Lazada, pada harga RM599 dan RM729 dalam dua warna iaitu Emas dan Perak Luna.

flash plus 2

Kid Mode akan mempertingkatkan lagi interaksi ibu bapa dan anak

Flash Plus 2 didatangkan dangan kerangka logam; pengimbas cap jari pantas; fungsi mengecaj pantas dan HiFi yang dikonfigurasi bersama pemproses Helio P10 yang amat berkuasa; skrin 5.5 inci serta sistem operasi Android M.

Untuk maklumat lanjut, sila lawati http://www.flash3c.com/my/flash-plus-2/ atau anda boleh mendapatkannya sekarang di http://www.lazada.com.my/flash-plus-2-16gb-luna-silver-10361132.html untuk model 2GB RAM dan http://www.lazada.com.my/flash-plus-2-32gb-venus-gold-10361135.html untuk model 3GB RAM.

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×