Rakyat

Motosikal ‘First Medical Respond’ KKM Atasi Masalah Jammed, Ambulans Lewat

51.3K
SHARES

Wah, bergaya sungguh nampak motosikal ni kan?

Dengar kata, inilah penambahbaikan terbaru di Kementerian Kesihatan bagi mengatasi masalah kesesakan jalan raya yang menjadi halangan ambulans untuk cepat sampai ke tempat kejadian, seperti yang dikongsikan oleh Mohd Ismail Ibrahim melalui perkongsian Facebook beliau.

Pilot Project Di Jabatan Kesihatan Sarawak

InsyaAllah Kesihatan di Sarawak akan ada satu lagi penambahbaikan penyampaian perkhidmatan untuk sekitar bandar utama.

Sebagai permulaan, pilot projek ini akan dilaksanakan di Kuching, Miri dan Sibu (seunit setiap bahagian) terlebih dahulu.

Motorsikal atau skuter ni akan digunakan oleh petugas kesihatan sebagai “First Medical Respond” ke tempat kemalangan untuk mengatasi masalah jem yang menyebabkan ambulans lambat tiba.

Hopefully pilot projek ni berjalan dengan lancar dan dikembangkan menjadi full team.

Ps : jangan pulak korang tahan motor ni utk hantar orang beranak or mintak tumpang pegi spital. Bukan gojek oi! 

*Sumber: Mohd Ismail Ibrahim

Mendapat Respon Positif

Rata-rata, ramai yang menyuarakan respon positif terhadap penambahbaikan ini memandangkan masalah kesesakan jalan raya memang cukup sinonim dengan rakyat Malaysia.

Malah, Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR) juga berpendapat ianya langkah yang efisyen dan menyokong penggunaan motosikal ini.

Yelah, kadang-kadang tu nak bagi laluan pun susah sebab ada juga pengguna jalan raya yang kurang kesedaran menggunakan laluan kecemasan kan?

Jadi, penggunaan motosikal dapatlah juga membantu pasukan perubatan sampai dengan lebih cepat, terutamanya dalam kes-kes kecemasan yang serius.

Sekali pandang, motosikal pun nampak smart!

Rasanya memang bagus kalau ‘First Medical Respond’ bermotosikal ini dibuat di seluruh Malaysia kan?

Korang rasa?

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×