Bersempena dengan Deepavali pada 30hb Oktober, Fernleaf, sebuah jenama yang terkemuka di Malaysia menyambut Festival Cahaya dengan membuat Payasan, pencuci mulut orang India yang kaya dengan susu.
Bagi melakukan pembaharuan, Fernleaf bersama-sama dengan Chef Annette Isaac, yang berketurunan India dan Eurasia, membuat tiga cara berbeza untuk menikmati Payasam – Fernleaf Payasam klasik, Puding Fernleaf Payasam dan Aiskrim Fernleaf Payasam.
Berucap sewaktu demonstrasi memasak, Encik Martin Soong, Pengurusan Pemasaran di Fernleaf menjelaskan yang Fernleaf, ingin menyambut Deepavali dengan pengguna dengan berkongsi idea-idea resipi yang menarik.
Beliau berkata yang dengan menggunakan Susu Penuh Krim Fernleaf dan Gula Melaka kepada resipi ini memberikan Payasam rasa yang lebih lemak berbanding resipi klasik, dan menikmati dengan pelbagai cara seperti pudding jeli dan aiskrim menceriakan perayaan.
Fernleaf akan berkongsi resipi menarik ini di TV, media cetak dan iklan radio. Pengguna juga berpeluang untuk merasa pencuci mulut Payasam dan mendapatkan kad resipi di Aktiviti Deepavali Fernleaf seperti di bawah.
Susu Tepung Penuh Krim Fernleaf diformulasi bagi membantu kehidupan aktif keluarga anda dan datang dalam dua variasi – Fernleaf Penuh Krim Biasa di dalam pek 1.8KG (RRP RM53.45), 900g (RRP RM27.80) dan 550g (RRP RM17.50) manakala Fernleaf Segera ada dalam pek 1.1KG (RRP RM 31.00) and 550g (RRP RM 16.50) di kebanyakan pasaraya.
Aktiviti-Aktifivit Deepavali Fernleaf
Hari / Masa | Lokasi |
15 Oktober 2016 – 4.30 pm | Little India, Jalan Leboh Ampang, Kuala Lumpur – Berhadapan Bank Simpanan Nasional
|
21 & 22 Oktober 2016 – 5.30 pm | Stadium Shah Alam – Berhampiran Pentas Utama
|
26 & 27 Oktober 2016 – 5.30 pm | Little India, Brickfields, Kuala Lumpur – Bertentangan Hotel Lotus di sebelah Struktur Air Pancut |
Mengenai Fonterra Brands Malaysia
Fonterra merupakan yang terulung di dalam pemakanan nutrisi – pembekal yang diutamakan produk tenusu di kebanyakan syarikat-syarikat makanan terkemuka dunia. Ia juga merupakan yang terulung dengan jenama tenusu pengguna tersendiri di New Zealand dan Australia, Asia, Africa, Timur Tengah dan Amerika Latin.