Famili

Fenomena Bulan Penuh Atau ‘Supermoon’ Dijangka Boleh Dilihat Petang Ini

17
SHARES

Berita gembira bagi anda yang menantikan fenomena bulan penuh atau dikenali sebagai Supermoon, ia dijangka akan berlaku pada 13 Julai, pada jam 5.09 petang ini!

Menerusi kenyataan rasmi oleh Agensi Angkasa Lepas Malaysia (MYSA) di laman Instagram, fenomena itu terjadi disebabkan oleh kedudukan bulan berada paling hampir dengan bumi (perigee), yang dikenali sebagai “Supermoon, Super Full Moon atau Super New Moon”.

Baca juga: Fenomena Unik Setahun Sekali, Boleh Jalan Kaki Rentas Laut Di Pulau Pangkor!

FENOMENA BULAN PENUH DIJANGKA BOLEH DILIHAT PETANG INI

Bulan beredar mengelilingi Bumi dalam orbit berbentuk elips dengan purata nilai keeksentrikan 0.0549. Oleh itu, purata jarak Bulan dari Bumi (pusat-ke-pusat) adalah berbeza-beza pada setiap masa dengan jarak purata paling dekat (disebut sebagai perigee) adalah 363,396km dan jarak purata paling jauh (disebut sebagai apogee) adalah 405,504km.

Apabila Bulan Penuh atau Bulan Baru berada pada kedudukan yang paling hampir dengan Bumi (perigee), ia dikenali sebagai “Supermoon, Super Full Moon atau Super New Moon”. Manakala apabila Bulan Penuh atau Bulan Baru berada pada kedudukan yang paling jauh dengan Bumi (apogee), ia dikenali sebagai “Micromoon, Minimoon, Mini Full Moon atau Mini New Moon”.

Pada 13 Julai 2022 jam 5:09 petang waktu Malaysia, Bulan akan berada pada kedudukan yang paling hampir dengan Bumi (perigee) bagi tahun 2022 dengan jarak di posisi perigee adalah 357,263 km.

Semasa “Supermoon”, Bulan Penuh boleh kelihatan sehingga 7% lebih besar daripada Bulan Penuh biasa dan kelihatan 14% lebih besar dan 30% lebih cerah daripada ‘Micromoon’.

Keeksentrikan atau eccentricity adalah ukuran pemanjangan sesebuah elips. Nilai keeksentrikan 0 menunjukkan orbit bulatan sempurna manakala nilai antara 0 dan 1 menunjukkan orbit elips.

Saiz ketara atau apparent size adalah saiz sesebuah objek kelihatan di langit, seperti Matahari dan Bulan di langit yang kelihatan seperti mempunyai saiz yang sama.

Sumber: Agensi Angkasa Lepas Malaysia 

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×