Hebahan

Befrienders Beri Khidmat Sokongan Emosi & Nasihat Percuma Untuk Golongan Berpotensi Sakit Mental

121
SHARES

Sejak kebelakangan ini, banyak kisah yang dapat kita baca di akhbar utama dan media sosial mengenai kes kesihatan mental. Apa yang merisaukan, masalah kesihatan mental ini lebih cenderung ke arah kes bunuh diri yang mana sering melibatkan golongan muda. Hal ini juga berlaku kepada salah seorang penyanyi Korea dan juga sebahagian artis Hollywood.

Namun, tahukah anda bahawa telah wujudnya satu sistem talian telefon untuk membantu golongan yang mengalami masalah kesihatan mental ini? Befrienders adalah salah satu komuniti yang boleh memberikan bantuan 24 jam jika anda perlukan telingah untuk mendengar segala luahan anda. Macam mana nak guna khidmat ini?

SAHUT SARANAN TIMBALAN PERDANA MENTERI, CEGAH ISU KESIHATAN MENTAL

“Sebagaimana pendirian kerajaan terhadap kesihatan mental merupakan masalah yang perlu diberi tumpuan. Segala usaha yang membawa kebaikan ke arah kesihatan mental amat dialu-alukan.

Stigma masyarakat mengenai kesihatan mental perlu diubah. Pesakit yang mempunyai masalah kesihatan mental perlu dibantu. Saya menyambut baik usaha sama antara SKMM dan Befrienders ini dalam membantu mereka yang memerlukan bantuan”.

Tuan dan Puan juga boleh menghubungi Talian Kasih di 15999.

-Kebanyakan yang memberi panggilan adalah wanita berumur dalam kalangan 15-30 tahun.

-Rahsia terjaga- menjadi cara untuk sesi luahan hati.

-Penyakit mental, atau bunuh diri merupakan gejala yang ‘berjangkit’. Ramai yang masih tidak tahu.

MACAM MANA NAK APPLY JADI RAKAN BEFRIENDER?

Bagi anda yang berminat untuk menjadi sebahagian daripada rakan Befriender, terdapat beberapa cara yang anda boleh lakukan. Untuk pengetahuan anda, pihak Befriender akan menapis dahulu kelayakan supaya yang betul-betul berminat sahaja dapat menjadi ‘pendengar’ yang setia.

Ini juga merupakan antara beberapa cawangan negeri yang mempunyai hotline Befrienders. Mungkin anda juga boleh war-warkan kepada orang ramai mengenai aktiviti yang bermanfaat ini kepada rakan-rakan. Bukan itu sahaja, pastikan ahli keluarga atau rakan terdekat yang mempunyai masalah menyimpan nombor hotline ini jika berlaku sebarang kecemasan.

Befrienders KL: 603-79571306 atau [email protected]

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×