Famili

‘Kalaulah Awak Faham’, Ini 5 Perkara Yang Mama Nak Anak Sulungnya Tahu

603
SHARES

“Mama, hari ni Ili dah 7 tahun. Ili dah besar, dah Darjah 1. Mama tak payah teman Ili lagi.”

Minggu-minggu awal nak hantar anak sulung ke sekolah mungkin membuatkan ibu-ibu rasa sebak. Ini belum masuk asrama, kalau tiba masa tu, tak dapat bayangkanlah Mak dia punya emosi teruk!

Sebenarnya memang ada sesuatu yang unik tentang hubungan anak sulung dengan setiap ibu di dunia. Mesti ramai ibu rasa ‘feel’ yang sama kan? Ia bukanlah lebih istimewa berbanding anak-anak yang lain, ia sukar dijelaskan. Yang pasti, ianya cukup unik. Mana tidaknya, kelahiran anak sulung juga merupakan kelahiran seorang ‘ibu’. Dengan anak sulunglah kita ‘mengenal’ dunia dan seolah-olah melihatnya semula dengan pandangan berbeza.

Walaupun kita tak pernah memaksa atau meletakkan harapan menggunung tinggi, anak sulung ni semacam ada satu instinct yang membuatkan mereka bersifat matang, ingin melindungi dan sentiasa rasa bertanggungjawab. Anak sulung akan cuba berfikiran matang sedangkan mereka hanya kanak-kanak. Mereka rasa mereka tak boleh buat silap. Mereka nak jadi yang terbaik. Kalau boleh, serba-serbi nak perfect!

Jadi, ini 5 perkara yang Mama nak anak sulung semua tahu.

5 Perkara Yang Mama Nak Anak Sulungnya Tahu

1. Awak Tak Perlu Jadi Perfect

Mama tahu awak seorang yang  bersungguh bila buat sesuatu. Awak kecil hati kalau Mama tegur awak depan adik. Awak malu kalau awak tak dapat buat sesuatu sebagus yang awak harapkan.

Ada masanya Mama lupa hargai semua pertolongan awak. Walaupun awak anak yang paling besar, yang paling selalu tolong Mama, yang selalu jagakan adik, tapi Mama tak pernah expect awak untuk buat semua perkara yang betul saja.

2. Don’t Be Too Hard On Yourself

Mama tahu awak seorang anak yang patuh. Awak senang ikut kata, awak selalu nak jaga hati Mama dan Papa. Tapi berilah ruang pada diri awak dan relakslah. Don’t be too hard on yourself.

Kalau kita ada buat salah, cuba perbetulkan saja. Kita cuba cara lain. Kita lupakan sekejap. Kita maafkan diri sendiri dan beri peluang lagi.

Setiap kesilapan tu juga penting untuk kita belajar daripadanya. Kalau kita asyik terlalu fokus pada kesilapan kita, kita akan rugikan banyak masa untuk mencari jalan keluar dan memperbaiki diri.

www.greatschools.org

3. Jadilah Diri Sendiri

Kadang-kadang Mama tak dapat lari daripada melihat cerminan diri Mama dalam diri awak. Mama nampak ‘perangai’ Mama dalam kebanyakan perkara yang awak buat. Mama selalu bandingkan awak dengan diri Mama masa kecil dulu. Ada kalanya Mama lupa yang awak perlu jadi diri sendiri. Awak ada karakter awak sendiri. Awak punya kemampuan dan minat yang berbeza terhadap sesuatu.

Maka, teruskanlah menjadi dirimu wahai anak. You are not a mini me. You are not a smaller version myself. Ingatkan Mama bila Mama terlupa.

Foto Kredit: istock.com

4. Tak Perlu Terburu-buru

Tak mengapa kalau awak tak tahu perkara yang awak tak tahu. Awak selalu cakap awak dah besar, tapi tak mengapa kalau awak masih nak bermanja sekali-sekala.

Masa cepat berlalu tanpa kita sedari dan awak akan tetap menjadi seorang remaja dan seterusnya seorang dewasa. Tak perlu terburu-buru. Enjoy the moment. Janganlah cepat sangat besar ya sayang. Ada masanya Mama pun rindukan masa kita berdua bersama dulu.

5. Mama Sentiasa Bangga Dengan Awak

Tak kisahlah apa pun pencapaian awak, apa saja yang awak buat, Mama tetap akan bangga dengan semua anak-anak Mama.

Tak semestinya awak anak sulung awak kena jadi yang paling hebat, paling kuat. Sebab Mama tahu awak kuat berusaha. Mama yakin Allah dah jadikan setiap orang dengan rezeki yang berbeza. Mama dah cukup gembira kalau awak pandai bawa diri. Semoga Allah permudahkan semuanya untuk awak.

Foto Kredit : tazkirah.net

Walau Apapun Terjadi, Mama Tetap Sayang Awak

Setiap anak ada tempat yang istimewa di hati Mama. Begitu juga dengan awak, sayang. Awak tak perlu buktikan apa-apa. Kasih sayang Mama pada awak tetap tak berubah sejak hari pertama awak dilahirkan. Malah, ia semakin kuat terpahat dalam hati Mama.

Makin awak besar nanti, mungkin awak akan makin jauh tinggalkan Mama. Mungkin kita akan bertekak dan tak sependapat. Mungkin kita akan merajuk dan saling terasa hati. Tapi ingatlah walau apa pun yang terjadi pada masa akan datang, pelukan Mama akan sentiasa terbuka luas untuk awak, sampai bila-bila!

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×