Rakyat

Pasaraya Di Sarawak Ini Guna Daun Pisang Untuk Produk Hasil Segar. Memang Mesra Alam!

196
SHARES

Sejak akhir-akhir ni makin banyak kita tengok cara kreatif mengurangkan beg plastik yang dilakukan bagi mengurangkan masalah pencemaran.

Tapi yang kita tengok biasanya di luar negara kan?

Nak Kurangkan Plastik, Pasaraya Ini Perkenalkan Packaging Daun Pisang

Nampaknya Malaysia juga tak ketinggalan dalam meraikan usaha ini. Kalau siapa yang menetap atau pernah pergi ke Sarawak, mesti kenal dengan Pasaraya Everrise.

Ia merupakan salah satu cawangan pasaraya yang terkenal dan banyak cawangan di sana. Kalau di Semenanjung ni mungkin lebih kurang macam Giant atau Family Store jugalah.

Terkini, pasaraya Everrise di Viva City Mall telah memperkenalkan pembungkusan daun pisang untuk hasil segar mereka.

Tengok packaging ni, nampak menarik dan mesra alam sangat!

Pembungkusan Sedang Dijalankan Secara Berperingkat

Menurut posting mereka bertarikh 2 November baru-baru ini, pihak mereka sedang dalam proses memperkenalkan penggunaan daun pisang pada produk hasil segar mereka secara rasminya pada cawangan yang terletak di Viva City Mall, Kuching.

Difahamkan mereka juga bakal meneruskan langkah yang sama bagi cawangan-cawangan Everrise yang lain di Sarawak.

Usaha Yang Murni, Unik & Mesra Alam

Dah tentu ramai yang teruja dengan pelaksanaan yang dilakukan oleh pasaraya ini.

Selain dapat menyumbang kepada inisiatif pemeliharaan alam sekitar, orang awam kebanyakannya turut menyokong usaha ini kerana secara tidak langsung ia membantu penduduk tempatan menjana pendapatan melalui daun pisang.

Usaha yang baik kan? Kan bagus kalau lebih banyak pihak yang mengambil inisiatif mesra alam begini.

Jom kongsikan apa kata anda tentang cara pembungkusan guna daun pisang ni. Kot-kot kalau ada idea yang lebih menarik dan praktikal, bolehlah pengusaha-pengusaha lain mencubanya juga.

Sekecil-kecil usaha kita, impaknya tetap berguna kepada alam sekitar yang semakin tenat ini.

Semoga tindakan ini juga menjadikan ramai rakyat Malaysia lebih prihatin terhadap usaha mengurangkan bahan buangan dan mengehadkan penggunaan plastik.

*Sumber: Everrise

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×