Famili

Elak Sambaran Api, Ini Apa Anda Perlu Tahu Tentang Label ‘Low Fire Danger’ Pada Baju Anak

728
SHARES

“Apa benda label belakang baju anak aku ni?”

Pemilihan material baju anak-anak merupakan antara kriteria penting yang perlu diambil perhatian. Bukan sahaja untuk memastikan anak-anak tidak mudah berasa panas, malah salah satu perkara yang perlu anda tahu adalah mengenai tanda label low fire danger atau high fire danger yang ada pada baju mereka. Ini amat penting supaya anda lebih alert dengan tanda sebegini dan dapat mengelak dari berlakunya perkara yang tidak diingini.

APAKAH MAKSUD “LOW FIRE DANGER” PADA BAJU KANAK-KANAK?

Pernah terfikir tak kenapa baju-baju (kebiasaannya baju tidur bayi/kanak-kanak) yang diimport dari luar negara ada label sebegitu? Penting atau tidak kita untuk ambik tahu?

Selama ni kita ignore aje. Baju-baju Made in Malaysia tak ada pun label macam ni. Tapi kalau di oversea memang hampir semua kita jumpa.

Ini adalah ciri keselamatan pada baju mereka yang ditetapkan dalam garis panduan pembuat baju. Sebelum baju mereka dipasarkan kepada pengguna, harus melalui ujian-ujian bagi membolehkan “Low fire danger” label dipasangkan.

Label putih : Material pakaian yang diperbuat dari bahan yang tidak mudah terbakar. Pakaian yang mempunyai label putih adalah yang paling selamat untuk dibeli dan dipakai anak-anak.

Label merah : Material pakaian yang diperbuat dari bahan yang mudah terbakar. Jika pakaian mempunyai label merah sebegini, anda perlu jauhkan dari bahan-bahan yang mudah terbakar untuk keselamatan anak-anak.

DAPAT MEMPERTAHANKAN SAMBARAN API

Tahukah kita bayi dan kanak-kanak adalah golongan yang sukar menyelamatkan diri sendiri jika berlaku kebakaran di rumah? Terutama ketika mereka tidur, selalunya baju tidur atau pajama mereka disambar api dengan mudah dan risiko untuk kulit melecur adalah tinggi dan boleh mengakibatkan fataliti.

Baju-baju label begini memperlahankan sambaran api dan mengurangkan risiko kulit melecur. Untuk faktor keselamatan anak-anak, carilah baju yang mempunyai label begini. Eh tapi, bila anak-anak pakai baju ada label macam ni jangan biar je pulak diorang main api ke atau tak evacuatekan diorang cepat-cepat jika terjadi kebakaran. Kang mama tepuk dahi awak!

“Safety starts from home.”

Sumber : Norhani Aida Mohd Nor

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×