Famili

Elak Gaduh Suami Isteri, Kementerian Wanita dan Keluarga Cadang Cakap Macam ‘Doraemon’?’

468
SHARES

Sudah masuk ke fasa kedua Perintah Kawalan Pergerakan yang akan berakhir pada 14 April. Sudah pasti ada dalam kalangan suami isteri yang akan ‘bertikam lidah’ kerana berada di dalam rumah dalam tempoh yang lama. Mana tidaknya, dah habis idea aktiviti di rumah, bosan dan ada dalam kalangan kita juga yang hilang punca pendapatan.

Oleh itu, bagi mengelakkan masalah rumahtangga berleluasa, Kementerian Wanita dan Keluarga ada menyenaraikan 3 tips untuk anda elakkan masalah sebegini. Setuju atau tidak?

CADANGAN ELAK SUAMI ISTERI GADUH SEPANJANG PKP

Sepanjang pelaksanaan perintah kawalan pergerakan (PKP), Kementerian Wanita dan Keluarga (KWK) menawarkan beberapa panduan atau tips buat para isteri, sama ada suri rumah baik pun mereka yang bekerja dari rumah.

Dalam siri  di Instagram rasminya semalam, kementerian itu menasihatkan golongan wanita agar bertolak-ansur, dan tidak bergaduh atau menyindir pasangan masing-masing, termasuklah ketika meminta mereka membuat kerja-kerja rumah.

1. Jika melihat pasangan tidak membantu kerja di rumah, elakkan dari menyindir

2. Gunakan nada humorous, seperti nada Doraemon

3. Respon selepas 20 saat, otak lebih rasional

*Apa yang pasti adalah penting untuk anda bertolak ansur bersama pasangan. Jadikan tempoh PKP ini adalah masa untuk mengeratkan hubungan, bukan masa untuk bergaduh ya!

Sumber: Kementerian Wanita & Keluarga

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×