Hebahan

PUMA Tricks, Edisi Terbaru But Bola Sepak Dengan Konsep Dua Warna

1
SHARES

Herzogenaurach, Jerman (26 April) – PUMA melancarkan edisi terbaru but bola sepak dua warna yang dikenali sebagai ‘Tricks boots’ dengan pemain Sergio Agüero, Marco Reus, Cesc Fàbregas, Marco Verratti, Olivier Giroud dan beberapa pemain lain yang akan bermain dalam minggu Play Loud.

puma 2

Cesc Fabregas

Konsep But Bola Sepak Dua Warna

Warna merah jambu Pink Glo and kuning Safety Yellow evoPOWER and evoSPEED sudah tentu akan menarik perhatian ramai di padang bola sepak musim panas ini.

Menggunakan palet warna CMYK, edisi terbaru but keluaran PUMA ini dihasilkan dengan dua warna menonjol. But kaki kiri dengan Pink Glo, dan kaki kanan dengan Safety Yellow. Kedua-dua warna ini diadunkan dengan corak geometri.

But bola sepak evoPOWER 1.3 mengekalkan prinsip ringan dan fleksibel, seolah-olah tidak memakai kasut.  Manakala evoSPEED pula responsif dan juga ringan, menjadikannya kuasa menendang lebih hebat dan mudah dikawal.

puma

Rekaan terbaru evoSpeed PUMA, Koleksi PUMA Tricks

Diilhamkan Oleh Memori Kejohanan Piala Dunia 1998

Konsep kasut but bolasepak PUMA dua warna ini diinspirasikan oleh pemain Cameroon, Rigobert Song pada Kejohanan Piala Dunia 1998. Ketika itu, beliau membuat keputusan untuk menggabungkan 2 jenis but PUMA King Boots berlainan warna, setiapnya pada sebelah kaki – kuning pada kaki kiri, merah pada kaki kanan.

Menurutnya, “anda perlu berani” untuk memakai 2 warna berbeza pada setiap belah kaki. Dan inilah keunikan yang ingin ditonjolkan oleh PUMA Tricks.

puma 4

Menjadi Pilihan Bintang Bola Sepak Dunia

“PUMA Tricks amat sesuai dengan cara permainan saya,” kata penyerang Argentina, Sergio Agüero. “Semua peminat bola sepak menggilai Tricks pada Kejohanan Piala Dunia dua tahun lepas dan PUMA telah membuktikannya dengan membawa kembali but ini ke padang bola sepak dengan warna merah jambu dan kuning. Saya sukakan PUMA evoSPEED kerana ianya begitu ringan dan anda hampir tidak merasainya. Namun, ia masih memberikan sokongan sepenuhnya.”

Marco Reus

Cesc Fabregas beraksi dengan but dua warna PUMA

Pemain tengah Sepanyol PUMA, Cesc Fàbregas pula berpendapat: “PUMA telah menetapkan stail tersendiri musim panas ini dengan but dua warna yang berani, Saya sangat berbangga untuk mewakili Sepanyol pada Kejohanan Eropah musim panas ini dan berharap akan lebih mononjol dengan menggayakan but ini. Tentu mengujakan!” 

Marco Reus

Marco Reus turut teruja mengembalikan PUMA Tricks yang diinspirasikan oleh memori Kejohanan Piala Dunia 1998

Koleksi terbaru PUMA Tricks evoPOWER 1.3, evoSPEED SL dan evoSPEED 1.5 bersama kelengkapan Tricks evoTRG, bola dan sarung tangan evoPOWER kini telah berada di pasaran seluruh dunia mulai 21 April dan juga boleh didapati secara online melalui www.puma.com.

Berdiri dalam padang bola memerlukan atitud dan keinginan untuk bermain bersungguh-sungguh di persada dunia. Inilah yang ingin dikongsikan dalam Play Loud.

Saksikan video terbaru PUMA Play Loud Tricks di sini:

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×