Asuh

Dutch Lady, Berganding Bahu Bersama Ibu

6
SHARES

Apabila seorang wanita bergelar ibu, ia merupakan satu perjalanan pengalaman yang sungguh bermakna baginya. Bagi seorang ibu, anda tidak kenal letih, juga mungkin tidak tahu had kekuatan anda dan kerap bimbang; tetapi mempunyai tahap kesabaran, kasih saying dan kemaafan yang begitu mendalam dan memiliki pelbagai kebolehan pada masa yang sama.

Mahu atau tidak, setiap wanita akan melalui perubahan yang besar sepanjang pengalaman membesarkan anak. Scha Alyahya, seorang ibu, selebriti dan juga duta Dutch Lady Nutri Plan, berkata bahawa dia mendapati dirinya lebih pandai menguruskan masanya sekarang. “Sebelum menjadi seorang ibu, saya sibuk dengan gaya hidup yang memenuhi peranan saya sebagai seorang hos TV, pelakon dan model. Selepas dikurniakan Lara yang kini berusia 2 tahun, di mana suami dan saya menggelarnya ‘Datin’, saya kini mempunyai gelaran baru, iaitu I-B-U!” katanya.

Sungguhpun jadual seorang wanita akan bertambah padat dengan kehadiran cahaya mata, ramai yang mengakui bahawa ia adalah salah satu perkara terindah yang pernah berlaku dalam hidup mereka. Malah, kesibukan inilah yang mengajar mereka untuk menjadi lebih sabar dan berani dalam menguruskan kehidupan seharian.

“Ada ketikanya saya terfikir juga yang saya tidak boleh melakukan segala-galanya, dari kerjaya hinggalah menjaga keluarga. Tetapi saya kagum kerana saya mampu mengimbangi dan berjaya melakukannya,” kata Scha sambil tersenyum. “Dan sejak detik itulah, saya menyedari bahawa saya sebenarnya boleh menjalankan pelbagai tugas dan peranan!” tambahnya lagi.

scha-lara

Ibu Tunggak Keluarga

Sesungguhnya, seorang ibu memainkan pelbagai peranan yang penting dalam sesebuah keluarga. Untuk sebahagian besar hidupnya, dia bertindak sebagai tunggak kepada keluarganya dengan memberikan kasih sayang dan sokongan yang tiada batasnya.

Apabila anak masih kecil, dia adalah ahli terapi pertuturan dan jurulatih apabila bersenam, bersukan, atau bermain; dan seterusnya apabila anak-anak meningkat usia prasekolah, ibu adalah seorang pelukis atau pakar matematik. Pada masa yang sama, ibu juga adalah seorang tukang masak, tukang pembersih dan pekerja dobi! Handal bukan?

Tiada wanita yang dilahirkan untuk melaksanakan pelbagai tugas sebagai seorang ibu secara semulajadi. Sebenarnya, para ibu belajar untuk menyesuaikan diri dengan peranan yang berbeza. Dia berbuat demikian demi menyokong perubahan yang berlaku terhadap keluarganya. Begitulah juga halnya dengan kanak-kanak, mereka mempunyai keperluan nutrisi yang berbeza untuk perkembangan dari umur 1 hingga 6+ tahun; iaitu tahun-tahun awal yang begitu kritikal dalam proses tumbesaran mereka.

Tidak dinafikan lagi bahawa seorang ibu adalah ‘supermom’ yang mampu menguruskan keluarga dan rumah tangga dengan efisyen dan teliti. Sungguhpun begitu, walaupun para ibu adalah bersifat serba boleh, kadang kala, dia juga memerlukan bantuan.

Teknologi moden mungkin boleh membantu tugas seperti memasak, mencuci pakaian dan juga membersihkan rumah dengan lebih cepat dan berkesan. Tetapi apabila ia berkenaan tentang anak-anaknya, seseorang ibu akan lebih senang hati untuk mendapatkan nasihat daripada rakan-rakannya yang berpengalaman; terutamanya mengenai topik-topik pertumbuhan dan perkembangan, serta cara-cara untuk membimbing kanak-kanak.

Ibu-ibu pastinya bersikap cerewet dan amat berhati-hati kerana mereka berhasrat untuk memilih hanya yang terbaik untuk anak-anak mereka.

kawan-photo

chef-photo

pelukis-photo

Dutch Lady Memahami Keperluan Ibu

Tidak ramai yang dapat memahami keperluan seorang ibu dalam membesarkan anak-anak kerana ianya adalah suatu proses yang kompleks. Bahkan, kesemua proses ini memerlukan usaha yang gigih, penglibatan yang serius serta keprihatinan yang tinggi.

Memahami perjalanan seorang ibu adalah satu proses pembelajaran sepanjang masa. Jenama susu tepung rumusan untuk kanak-kanak, Dutch Lady Nutri Plan ingin berganding bahu bersama para ibu Malaysia, seperti rakan anda, untuk berkongsi bersama segala-galanya yang perlu diketahui mengenai keperluan nutrisi kanak-kanak.

“Kanak-kanak tidak hanya berkembang dari segi fizikal, mental dan sosial. Keperluan nutrisi mereka berubah apabila mereka membesar juga,” kata Ashlee Ng, Pengarah Pemasaran Dutch Lady Malaysia.

“Sepertimana ibu belajar dan menyesuaikan diri dengan peranan untuk membimbing anaknya ketika membesar, Dutch Lady menyesuaikan formulasinya untuk terus menyokong keperluan nutrisi pada setiap tahap kebijaksanaannya,” katanya.

Oleh sebab itu, para ibu tidak perlu berasa risau dan teragak-agak kerana Dutch Lady 4 Tahap Nutri Plan adalah satu program nutrisi yang dirumus khas untukmenyokong keperluan nutrisi kanak-kanak Malaysia seperti yang dinyatakan di dalam Kaji Selidik Pemakanan Asia Tenggara (SEANUTS). Padat dengan 5X DHA* yang membantu merangsang perkembangan otak kanak-kanak, ia dirumus dengan nutrien khusus untuk menyokong perkembangan si manja pada setiap tahap kebijaksanaannya.

dutch-lady-advertorial-4-step-visual

Pilihan Utama Ibu-ibu Di Malaysia

Dengan pelbagai ciri-ciri khusus yang dititikberatkan dalam sesebuah rumusan, tidak hairanlah Dutch Lady menjadi pilihan ibu-ibu di Malaysia tanpa ragu-ragu.

Bagi Scha Al-Yahya, kepakaran 50 tahun Dutch Lady dalam membina keluarga dan kanak-kanak yang sihat dan kuat mendorongnya memilih jenama ini untuk Lara.

“Sebagai  seorang ibu, tiada yang lebih penting bagi saya melainkan kesihatan anak saya. Saya amat cerewet mengenai pengambilan nutrisi Lara. Saya sentiasa cuba untuk menepati nutrien yang diperlukan oleh tubuh dan mindanya untuk berkembang. Dengan Dutch Lady sebagai rakan ibu, saya berasa lebih selesa. Dutch Lady Nutri Plan dengan 5X DHA* bukan sahaja membekalkan nutrisi yang diperlukan oleh Lara pada setiap peringkat perkembangannya, malah pendekatan 4-langkah juga membantu saya memenuhi cara membimbing dan memupuk anak,” kata pelakon itu.

Ketahuilah semua yang diperlukan dalam perjalanan keibuan anda bersama-sama rakan anda yang memahami anda, iaitu Dutch Lady Nutri Plan!

*Berbanding dengan susu tepung rumusan kanak-kanak yang terdahulu (Tahun 2009)

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×