Sihat

Dua Lagi Kanak-Kanak Disahkan Positif Jangkitan Polio Di Sabah

307
SHARES

Terbaharu, dua lagi kes kanak-kanak di negeri Sabah yang masing-masing berusia lapan dan 11 tahun dijangkiti virus polio, selepas kes pertama membabitkan bayi berusia tiga bulan yang dilaporkan bulan lalu.

Dua kanak-kanak bukan warganegara itu masing-masing menetap di Sandakan dan Kinabatangan disahkan positif virus itu berdasarkan ujian Makmal Polio Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) di Australia, semalam.

TIGA KES POLIO DI NEGERI SABAH

Kes terbaharu itu menjadikan tiga kes polio dilaporkan di negeri ini dengan ujian turut mendapati virus yang menjangkiti ketiga-tiga kes mempunyai kaitan genetik dengan kes polio di Filipina.

Ketua Pengarah Kementerian Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah menerusi kenyataannya berkata, dua kanak-kanak itu tidak pernah menerima imunisasi dengan kanak-kanak berusia 11 tahun dimasukkan ke hospital pada 1 Disember lalu selepas mengadu sakit belakang dan tidak dapat berjalan.

Tambahnya lagi, seorang lagi kanak-kanak yang berusia lapan tahun mengalami demam sejak 9 Disember dan selepas tiga hari, tidak boleh berjalan. Kanak-kanak ini masih dirawat dengan bantuan pernafasan di hospital. Namun begitu, siasatan rapi sudah dijalankan untuk mengenal pasti punca jangkitan kedua-dua kes baharu sebaik dikenal pasti sebagai kes ‘Accute Flaccid Paralysis’ (AFP).

65 KANAK-KANAK TERCICIR DAH DAPAT IMUNISASI

Menurut laporan Berita Harian, sehingga kini, seramai 705 orang penduduk di kawasan tempat tinggal kedua kanak-kanak terbabit sudah diperiksa. Tiada kes AFP lain dikesan. Seramai 65 kanak-kanak didapati tercicir imunisasi polio di kawasan kes terbabit dan sudah diberi vaksin polio menggunakan kombinasi lima serangkai serangkai (DTaP-IPV//HiB).

Selari dengan penyebaran wabak ini, aktiviti kawalan polio di seluruh negeri giat dilaksanakan dengan kempen imunisasi polio yang menyasarkan kanak-kanak berumur bawah lima tahun bermula sejak 27 Disember. Bulan lalu, bayi lelaki berusia tiga bulan dari Tuaran disahkan dijangkiti virus polio yang menjadi kes pertama selepas 27 tahun negara ini bebas daripada penyakit itu.

Sumber : Berita Harian

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×