Rakyat

‘Banyak Perkara Salah Dalam Videonya’, Ramai Tak Tahu ‘Cikgu Viral’ Sebenarnya Lelaki

7.8K
SHARES

Mesti ramai antara kita yang makin kenal dengan seorang ‘cikgu viral’ yang dikatakan lawak ini.

Sedar tidak sedar, rupanya ramai yang tak tahu bahawa dia adalah seorang lelaki.

Mungkinkah kerana ia terlalu kelakar dan viral sehingga orang tidak kisah bahawa dia seorang lelaki – atau memang kita kurang berhati-hati dalam meneliti konten yang dikongsi?

Rujuk perkongsian oleh Dr Syahr Musafir di bawah ini.

‘Banyak Perkara Salah Dalam Videonya’, Ramai Tak Tahu ‘Cikgu Viral’ Sebenarnya Lelaki

Apa saya nak tulis ni saya tahu akan ada orang yang tak setuju.

“Kau ni serius sangat, dia buat lawak je,” mungkin ada yang kata macam ni kepada saya.

“Mengarutlah. Kau fikir jauh sangat,” saya pernah dikatakan sebegini.

Mungkin pada tulisan ini pun akan ada orang cakap macam ni, saya tahu risiko ni.

Tetapi sudah beberapa lama saya simpan, saya rasa tak selesa. Saya kena tulis juga. Dan saya tulis ni bukan nak aibkan sesiapa.

Video seorang lelaki tutup kepalanya, bercakap gaya cikgu perempuan pelbagai watak dan dialog ni sudah trending sekarang di TikTok, Instagram, Facebook, Twitter, dan sebagainya. Tak dapat dinafikan lagi. Saya rasa pernah tengok portal berita seperti Harian Metro, kalau tak silap, juga ada share.

Saya pernah tengok videonya sebab saya nak tahu apa yang menariknya tentang video dia.

Hasilnya saya tak gelak pun tapi saya geleng kepala.

Dulu dia buat video tutup kepala dengan kain tuala, gaya cakap pun nampak berlakon biasa sekadar nak buat lawak saja.

Viral sungguh videonya.

Sehinggalah populariti ‘memberi kesan’ kepadanya lalu dia tidak lagi menggunakan kain tuala tetapi merubah kepada kain tudung bawal, tudung besar/labuh, dan akhirnya pakai baju macam baju kurung.

Pipi pun nampak macam makin merah/pink. Tak pastilah pakai mekap atau filter kamera saja, tetapi kenapa nak kena merahkan pipi?

Rasanya kalau populariti makin meningkat, tak pelik kalau dia akan mula pakai lipstik, berbedak situ sini, pakai maskara di mata atau sebagainya. Iyalah, cikgu perempuan bukannya yang gitu-gitu macam mak-mak orang je ada, tetapi yang gaya model pun ada. Jadi takkanlah si dia nak buat gaya mak-mak je, mestilah selepas ni buat gaya model pula. Kan?

Saya masih ingat dulu Faiz Roslan guna kain tuala saja. Baju pun entah guna baju siapa. Apabila populariti meningkat, rambut palsu jadi hiasan dan pakaian mulai betul-betul baju perempuan yang dibelinya sendiri.

Akhirnya Faiz Roslan betul-betul panjangkan rambutnya, badannya betul-betul pakai baju perempuan, kakinya betul-betul pakai kasut perempuan, sikapnya, perwatakannya, semua, ikut gaya perempuan.

Salah siapa?

Saya takkan tuding jari menyalahkan sesiapa kecuali sekarang ini sekadar mengajak kita semua muhasabah.

Populariti itu satu bahagian sebab ramai orang ketawa menghiburkan diri sendiri dengan gelagat ‘cikgu viral’ ni dan satu bahagian lagi kita share, share dan share MENGAJAK orang lain berhibur bersama.

Sedangkan banyak perkara salah dalam video-videonya.

Cikgu viral Cikgu viral

Lelaki tiru perempuan tu salah. Tak kisahlah pakaian, gaya atau seumpamanya.

Netizen seperti kita gelak ketawa tengok dialog-dialog tu semua, ada bahagian yang betul-betul ‘menghina’ cikgu perempuan tak kisahlah dari segi pertuturan, cara, intonasi suara, pemakaian. Tahu tak, boleh buat orang berkecil hati?

Memang ada orang cikgu perempuan pakai tudung lipat di bahagian muka macam dan netizen komen kata gaya tu lawak, tak reti fesyen, old school, bla bla bla tanda merendah-rendahkan cikgu dan orang perempuan, kita kena tahu semua ni tak elok pun.

Hmmm…

Sekarang ini salah satu isu sosial yang perlu ditangani oleh ramaiiiii ibu bapa, guru dan aktivis adalah betapa ramaiiiiii remaja tak nak ambil berat pasal akademik dan pelajaran sebab jadi ‘selebriti media sosial sudah boleh buat duit’ menjadi mentaliti ramai yang tak kisah content tu negatif pun tak apa asalkan viral.

Isu ni besar.

Dan tengok saja remaja lelaki ini pakai macam perempuan buat gaya perempuan cakap gitu-gini boleh jadi viral dan popular, lagilah remaja-remaja yang bermentaliti ‘content viral tak kisahlah negatif atau memalukan diri sendiri pun tak apa’ akan semakin bertambah ramai.

Siapa nak bertanggungjawab pasal ni?

Dah tu satu lagi isu, tak pelik pun disebabkan populariti ini dan rasa diri diterima oleh orang ramai, si dia mahu terus berpakaian perempuan dan sebagainya ni akan menjadi trend dan cara hidup ‘cikgu viral’ ni. Masa tu lahirlah Faiz Roslan ke-2, SatieyLiah ke-2, atau seumpamanya, siapa nak bertanggungjawab?

Saya tulis ni sebab saya harap kita boleh fikiiiiiiiiir sebelum kita tekan butang share di Facebook tu, fikiiiiiiiiir sebelum kita hantar video di WhatsApp, fikiiiiiiiiir sebelum kita upload video di Instagram, fikiiiiiiiir sebelum kita retweet, fikiiiiiiiir sebelum kita reshare di Tiktok, fikir panjaaaaaaaaaaaaaaaang sebelum viralkan dan popularkan konten yang memerlukan kita fikir.

Majoriti pengaruh media sosial kepada penonton adalah bergantung kepada apa yang dibaca dan dilihat, tetapi pengaruh media sosial kepada pembuat konten seperti cikgu viral ini adalah bagaimana masyarakat mengalakkan dia terus-menerus buat dan jadi begitu. Saya risau kita sedang ‘membentuk’ dia menjadi lebih buruk yang tak pernah kita niatkan atau fikirkan pun, hanya kerana kita share video-video dia.

Mencegah lebih baik daripada mengubati. Jangan sampai jadi seperti Sejat, SatieyLiah, FaihRohlan dan seumpamanya, ketika itu nasi sudah jadi bubur, rebung sudah jadi buluh dan kita tak boleh nak undurkan masa.

Saya tak paksa anda setuju dengan saya, sebab saya tulis ini muhasabah diri saya dan saya mengajak kita semua berfikir. Allahu a’lam.

Sebagai penutup berikanlah jawapan kepada soalan saya ni, kita sebagai ayah atau ibu, kita nak anak-anak kita ikut buat atau jadi macam dia buat tu?

#KisahMasyarakat FB Syahr Musafir Sabtu 04/12/2021

Respon Netizen

Rata-rata ramai yang bersetuju dan berkongsi sentimen yang serupa dengan Dr Syahr Musafir melalui ruangan komen.

Bahkan, ramai yang tidak menyedari bahawa sebenarnya ‘cikgu viral’ tersebut adalah seorang lelaki.

 

Diharapkan dengan teguran ini, kita sebagai masyarakat juga akan lebih berhati-hati dengan setiap yang dikongsi di media sosial.

*Sumber: Syahr Musafir

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×