Rakyat

“Doakan Kita Boleh Balik Kampung Raya Tahun Ni” – DS Ismail Sabri

830
SHARES

“Doakan kita boleh balik kampung raya Aidilfitri tahun ini,” demikian luah Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang merujuk kepada trend penurunan kes harian COVID-19, ketika ini.

Ismail Sabri berkata sekiranya trend penurunan kes harian COVID-19 berterusan, kemungkinan rentas negeri boleh dibenarkan dengan penilaian risiko dari Kementerian Kesihatan (KKM) dan rakyat boleh pulang beraya di kampung, tahun ini.

“Tahun lepas atas nasihat KKM, kita tak balik raya. Saya juga orang kampung, mesti nak balik kampung, ia dah jadi rutin, bila tak dapat balik kampung, saya juga kecewa.

“Tetapi dengan kes yang semakin menurun dan R-Naught yang juga menurun sehingga 0.88 setakat ini, KKM akan menilai, jadi kita doakan raya tahun ini boleh balik kampung,” katanya dalam program Ruang Bicara terbitan Bernama TV di ibu negara malam ini.

Aidilfitri tahun ini dijangka disambut pada 13 Mei depan.

Tegas Ismail Sabri, keputusan untuk membuka sempadan negeri perlu dipertimbangkan dengan sebaik-baiknya kerana sebelum ini apabila rentas negeri dibenarkan, kes akibat kluster balik kampung meningkat.

Sumber :  BERNAMA

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×