Famili

“Doakan Kami Dapat Zuriat”- Abang Rider Terima Tips RM5 Berserta Nota ‘Khas’ Buat Hati Tersentuh

10
SHARES

Setiap pasangan yang berkahwin pastinya mengimpikan zuriat sebagai pelengkap keluarga. Ada yang tidka perlu menunggu lama dan ada yang perlu menunggu bertahun-tahun untuk mendapatkan zuriat. Sama ada cepat atau lambat, rezeki Allah kepada setiap hamba-Nya itu sudah tertulis. Kita sebagai manusia perlu berusaha kerana Allah akan mengurniakan cahaya mata apabila tiba waktu yang sesuai.

Seperti perkongsian oleh seorang individu yang tular di media sosial dan mendapat perhatian ramai netizen.

TERIMA TIPS PESANAN BERSERTA PESANAN ‘KHAS’

Menerusi posting yang meraih lebih 21 ribu ‘retweet’ dan 30 ribu ‘likes’, seorang penghantar makanan menerima tips bernilai RM5 daripada pelanggan setelah menghantar pesanan.

Namun, ianya bukan sekadar sekeping wang kertas, tetapi di atasnya terselit doa dan harapan pelanggan tersebut supaya dia dikurniakan zuriat.

‘SEMOGA DIKURNIAKAN ZURIAT YANG SOLEH DAN SOLEHAH’

Perkongsian tersebut juga mendapat titipan doa dari orang ramai yang mendoakan supaya pasangan tersebut dikurniakan zuriat dalam masa terdekat. Semoga apa yang diusahakan dapat membuahkan hasil dan dimakbulkan doa oleh Allah S.W.T.

Sumber: @ziqimmich

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×