Nur

3 Doa Pelindung Dari Wabak. Ringkas & Boleh Diamalkan Ketika Keluar Rumah

489
SHARES

Dunia dikejutkan dengan penyebaran wabak COVID-19 yang masih lagi tidak ditemui penawarnya. Ia mencetuskan panik di kalangan rakyat Malaysia terutamanya apabila ia telah memasuki negara kita sehingga meresahkan ramai.

Di samping berusaha dan berikhtiar, doa adalah senjata dan penawar terbaik bagi orang beriman bagi menghadapi wabak maut ini, kerana Allah jualah Yang Maha Berkuasa Menyembuhkan.

Menurut Dr Kamilin Jamilin, berikut adalah antara doa sunnah serta zikir yang penting untuk kita amalkan ketika menghadapi situasi genting, berdasarkan hadis sahih.

1. Antara doa sunnah yang sangat penting untuk kita amalkan ketika ini:

اَللَّهُمَّ جَنِّبْنِي مُنْكَرَاتِ الْأَخْلاَقِ وَالْأَعْمَالِ وَالْأَهْوَاءِ وَالْأَدْوَاء

Mafhumnya: “Ya Allah, jauhkanlah aku daripada akhlak yang keji, amalan yang munkar, nafsu yang buruk dan pelbagai penyakit yang berat” [riwayat al-Tirmidzi].

Doa Nabi SAW ini sangat ringkas dan padat.
Keempat-empat perkara ini merupakan ‘virus’ berbahaya yang perlu dihindarkan dari kehidupan kita.

2. Begitu juga dengan doa penting ini:

أَعُوذُ بِكَلِمَاتِ اللهِ التَّامَّاتِ مِنْ شَرِّ مَا خَلَقَ

“Aku berlindung dengan kalimah Allah yang sempurna daripada segala keburukan yang Allah SWT cipta” [riwayat Muslim].

Dalam sebuah hadis, datang seorang lelaki kepada Nabi SAW menceritakan bahawa beliau disengat oleh kala jengking ketika sedang tidur. Lalu Nabi SAW memberitahu sekiranya lelaki itu membaca zikir tersebut ketika waktu petang (malam) itu, nescaya dia akan dilindungi dari mudarat tersebut.

Foto Kredit: meldmagazine.com.au

3. Jangan lupa sunnah zikir pagi dan petang yang boleh menjadi benteng yang melindungi diri kita.

Antara zikir yang paling utama untuk kita amalkan ialah:

بِسْمِ اللَّهِ الَّذِي لَا يَضُرُّ مَعَ اسْمِهِ شَيْءٌ، فِي الْأَرْضِ، وَلَا فِي السَّمَاءِ، وَهُوَ السَّمِيعُ الْعَلِيمُ

“Dengan nama Allah yang dengan nama-Nya, tidak ada satu pun yang dapat memberi kemudharatan di bumi mahupun di langit, Dia-lah Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui” [riwayat Abu Dawud].

Lazimkan diri untuk membaca zikir ini tiga kali di waktu pagi dan petang, nescaya Allah akan melindungi si pembaca dari bala yang mendatang.

Moga Allah memelihara kita dan memberikan kita semua keselamatan di dunia dan di akhirat.

*Sumber: Dr. Kamilin Jamilin via Kempen Semak Status Hadith Sebelum Sebarkan

Most Popular

To Top
×