Nur

Lafaz Doa Akhir Tahun & Doa Awal Tahun Hijrah (Rumi & Arab)

2.9K
SHARES

DOA AKHIR TAHUN & AWAL TAHUN HIJRAH (MAAL HIJRAH)

Pejam celik, pejam celik kita sudahpun berada di hujung tahun hijrah.

Sedikit masa saja lagi, bulan Zulhijjah bakal menemui penghujungnya dan kita akan menyambut tahun baru pada 1 Muharram.

Kita digalakkan mengamalkan doa-doa yang baik terutamanya doa daripada Al-Quran dan juga doa yang dibacakan oleh Rasulullah SAW.

Selain itu, kita juga boleh membacakan doa-doa yang baik isi kandungannya pada bila-bila masa sebagai usaha untuk sentiasa mendekatkan diri dengan Allah.

Doa Akhir Tahun & Doa Awal Tahun Hijrah

Berikut adalah doa akhir tahun dan doa awal tahun yang boleh dibacakan menjelang bergantinya tahun baru nanti.

 

Doa Akhir Tahun Hijrah Beserta Maksud

Doa akhir tahun boleh dibaca pada akhir waktu Asar atau sebelum masuk waktu Maghrib pada akhir bulan Zulhijjah.

Berikut adalah doanya:

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَـٰنِ الرَّحِيمِ

الحَمْدُ لِلّٰهِ رَبِّ العَالَمِينَ، وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلَى سَيِّـدِنَا مُحَمَّدٍ، وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِينَ

اَللَّهُمَّ مَا عَمِلْنَا فِى هَذِهِ السَّنَةِ مِمَّا نَهَيْتَنَا عَنْهُ فَلَمْ نَتُبْ مِنْهُ، وَلَمْ تَرْضَهُ وَلَمْ تَنْسَهُ، وَحَلِمْتَ عَلَيْنَا بَعْدَ قُدْرَتِكَ عَلَى عُقُوبَتِنَا إِلَى التَّوْبَةِ مِنْهُ بَعْدَ جَرَاءَتِنَا عَلَى مَعْصِيَتِكَ، فَإِنَّنَا نَسْتَغْفِرُكَ فَاغْفِرْ لَنَا، وَمَا عَمِلْنَا مِمَّا تَرْضَاهُ، وَوَعَدْتَنَا عَلَيْهِ الثَّوَابَ، فَنَسْأَلُكَ اللَّهُمَّ يَا كَرِيمُ يَا ذَاالجَلاَلِ وَالإِكْرَامِ، أَنْ تَتَقَبَّـلَهُ مِنَّا وَلاَ تَقْطَعْ رَجَاءَنَا مِنْكَ يَا كَرِيمُ

وَصَلَّى اللهُ وَسلَّمَ عَلَى سَيـِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِينَ وَالحَمْدُ لِلّٰهِ رَبِّ العَالَمِينَ

Maksudnya:

Segala puji bagi Allah Tuhan sekalian alam, selawat dan sejahtera ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.

Ya Allah, apa-apa tegahan dan larangan-Mu yang kami lakukan sepanjang tahun ini dan kami belum bertaubat daripadanya sedangkan Engkau tidak lupa dan tidak meredhainya, Engkau juga telah berlemah-lembut kepada kami sedangkan Engkau berkuasa memaksa kami bertaubat daripada perbuatan maksiat yang sengaja kami lakukan, maka sesungguhnya kami memohon keampunan-Mu.

Apa-apa perbuatan kami sepanjang tahun ini yang Engkau redhai dengan pemberian pahala yang Engkau janjikan, maka dengan kemuliaan dan kebesaran-Mu, kami memohon dan berharap menerimanya, dan janganlah Engkau hampakan harapan kami kepada-Mu.

Selawat dan sejahtera ke atas penghulu kami Muhammad SAW, dan segala pujian bagi Allah pentadbir seluruh alam.

Doa akhir tahun hijrah

 

Doa Awal Tahun Hijrah Beserta Maksud

Doa awal tahun pula boleh dibaca selepas masuknya waktu Maghrib, iaitu apabila tibanya 1 Muharram.

Berikut adalah doanya:

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَـٰنِ الرَّحِيمِ

الحَمْدُ لِلّٰهِ رَبِّ العَالَمِينَ، وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلَى أَشْرَفِ الأَنْـبِيَاءِ وَالمُرْسَلِينَ سَيِّـدِنَا مُحَمَّدٍ، وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِينَ

اَللَّهُمَّ أَنْتَ الأَبَدِيُّ القَدِيمُ الأَوَّلُ وَعَلَى فَضْلِكَ العَظِيمِ وَجُودِكَ المُعَوَّلِ، وَهَذَا عَامٌ جَدِيدٌ قَدْ أَقْبَلَ عَلَيْنَا، نَسْئَـلُكَ العِصْمَةَ فِيهِ مِنَ الشَّيْطَانِ الرَّجِيمِ وَأَوْلِيَاءِهِ وَجُنُودِهِ، وَالعَوْنَ عَلَى هَذِهِ النَّفْسِ اللأَمَّارَةِ بِالسُّوءِ، وَالاِشْتِغَالِ بِمَا يُقَرِّبُنَا إِلَيْكَ زُلْفَى. اَللَّهُمَّ يَا مُحَوِّلَ الأَحْوَالِ حَوِّلْ حَالَنَا إِلَى أَحْسَنِ الأَحْوَالِ بِحَوْلِكَ وَقُوَّتِكَ يَا عَزِيزُ يَا مُتَعَالٍ

رَبَّنَآ ءَاتِنَا فِى الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِى الأَخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ. وَصَلَّى اللهُ وَسلَّمَ عَلَى سَيـِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِينَ وَالحَمْدُ لِلّٰهِ رَبِّ العَالَمِينَ

Maksudnya:

Segala puji bagi Allah Tuhan sekalian alam, selawat dan sejahtera ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.

Ya Allah Yang Kekal Abadi, dengan limpah kurnia dan kemurahan-Mu pada tahun baharu yang menjelang tiba ini, kami memohon pemeliharaan dan perlindungan-Mu daripada syaitan yang direjam dan semua pengikut serta pembantu-pembantunya.

Kami memohon pertolongan-Mu mengatasi nafsu yang sentiasa mendorong kepada kejahatan, dan bantulah kami melakukan segala perkara yang memungkinkan kami mendampingi-Mu.

Ya Allah Tuhan Yang Maha Berkuasa mengubah segala keadaan, dengan kekuasaan-Mu Yang Maha Agung, ubahkanlah keadaan kami kepada sebaik-baik keadaan.

Selawat dan sejahtera ke atas penghulu kami Muhammad SAW, dan segala pujian bagi Allah pentadbir seluruh alam.

Doa awal tahun hijrah

doa akhir tahun

Foto Kredit: youtube.com

Semoga Tahun Baru Lebih Baik Buat Kita!

Ayuhlah semua kita menyambut kedatangan tahun baru Hijrah dengan berazam kepada kebaikan dan memperbanyakkan beribadah kepada Allah SWT. Nak baca doa lain pun boleh, tak ada masalah. Asalkan kita memohon kepada perkara yang baik, berdoa dengan khusyuk dan meyakini bahawa Allah sentiasa mendengarnya.

Semoga dengan kehadiran tahun baru ini, keimanan dan ketaqwaan kita kepada Allah juga semakin bertambah. Insha Allah…

 

*Sumber: Mufti Negeri Sembilan Official Page

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×