Hebahan

Berakhirnya Kempen ‘Do Good Deals – Beli Sambil Memberi’ Dengan Riang Gembira

1
SHARES

11street (www.11street.my) dengan Duta Jenama Zizan Razak baru-baru ini menyambil kehadiran 63 kanak-kanak daripada Budimas Charitable Foundation di Golden Screen Cinema, NU Sentral bagi menyerahkan sumbangan berjumlah RM30,000.

Dengan sumbangan ini, 130 kanak-kanak sekolah daripada Sekolah Kebangsaan Sungai Burong, Tanjong Karang, Selangor akan menerima sarapan berkhasiat sehingga hujung tahun. Ia berdasarkan pemilihan keluarga yang berpendapatan kurang daripada RM1,000 sebulan, dan mempunyai dua atau lebih orang di bawah jagaan mereka.

 

Photo 04

Sudah Membeli, Memang Memberi

Hoseok Kim, CEO 11street berkata: “Kami amat seronok melihat ramai rakyat Malaysia bersama-sama mengambil bahagian di dalam kempen ‘Do Good Deals – Beli Sambil Memberi’, yang bertujuan membantu kanak-kanak yang kurang bernasib baik. Di 11street, kami bertekad untuk memberi semula kepada masyarakat, dan sempena Hari Raya ini, kami menggesa pelanggan kami untuk melakukan amal kepada kanak-kanak dan masyarakat sempena musim perayaan ini.

Sarapan adalah dianggap sebagai hidangan paling penting yang membekalkan badan dengan tenaga yang cukup dan menambah nutrisi bagi membekalkan badan dengan tenaga dan ketajaman minda[1]. Ini amat benar terutamanya kepada kanak-kanak yang membesar bagi membolehkan mereka lebih menumpukan perhatian dan fokus sewaktu pembelajaran.

Photo 02

Anne Rajasaikaran, Pegawai Prinsipal daripada Budimas Charitable Foundation berkata: “Kami mengucapkan terima kasih kepada 11street kerana inisiatif ini, dan seluruh rakyat Malaysia yang menghulurkan bantuan. Selama 18 tahun, Budimas Charitable Foundation percaya makanan yang cukup adalah untuk semua orang. Dan kami bersyukur dapat menggunakan dana ini bagi membekalkan sarapan berkhasiat kepada kanak-kanak sekolah.”

 

Makan Malam Amal dan Malam Wayang

 

Photo 03

Selepas penyerahan cek tersebut, 11street turut mengadakan rumah terbuka Hari Raya untuk kanak-kanak daripada Budimas Charitable Foundation. Kemudian mereka menerima duit raya dan disajikan dengan cerita Ice Age: Collision Course. Mereka turut berpeluang untuk bermesra dengan artis kesukaan ramai, Zizan Razak.

 

[1]  http://www.infosihat.gov.my/infosihat/kchs/KCHS_2003/pdf/manualMesej/MANUL%20MESEJ%20UTAM%202003_BI.pdf

 

Mengenai 11street (www.11street.my)

11street merupakan pusat membeli belah atas talian yang menawarkan kepelbagaian produk pada harga berpatutan. Ditubuhkan di Korea sejak 2008, 11street kini merupakan salah sebuah platform terulung dengan 400,000 penjual dan 30 juta pelanggan seluruh dunia. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.11street.my

 

Mengenai Budimas Charitable Foundation

Budimas Charitable Foundation adalah organisasi bukan kerajaan dan bukan bertujuan keuntungan yang ditubuhkan dengan misi bagi menyediakan panduan dan memberi bantuan dana dan sokongan kepada kebajikan anak-anak yatim dan kurang bernasib baik di Malaysia. Ia berada di bawah naungan DYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong, sejak penubuhannya pada tahun 1998.

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×