DIY & Kraf

DIY Troli Pelbagai Guna Lengkap Dengan Roda, Sesuai Nak Letak Barang Dapur!

12
SHARES

Dah tak tahu nak buat apa duduk di rumah? Haa! Bolehlah kita cuba tingkatkan daya kreativiti dengan melakukan aktiviti diy troli bakul ni. Buat satu dan letakkan di dapur untuk simpan bahan-bahan masakan. Barang semua boleh dapatkan di kedai eco dan kos untuk troli ni lebih kurang Rm15 sahaja tau. Nak buat lebih dan bagi pada kenalan pun boleh!

DIY TROLI RODA UNTUK LETAK BARANG DAPUR

Troli ni sesuai letak kat dapur, letak kicap, sos, garam, gula, bawang pun boleh. Ok jom kita mula. Selamat mencuba.

1. Kita guna bakul jenis ni sebab saiz dia bersesuaian. Kalau beli 1pc bakul cuma dapat 2 batang tiang sahaja. Jadi untuk projek kali ni kita buat 4 tingkat, kalau ikutkan kena beli 6pcs bakul ni. Tapi kita beli 4pcs bakul je. Jadi tiang nanti pasti tak cukup. So kita diy kan dia dan caranya boleh tengok gambar seterusnya nanti.

2. Kita beli 4pcs sbb nk buat 4 tingkat. Tiang cuma dapat 8pcs sahaja.

3. Kita guna paip pvc untuk buat tiang yang tak cukup tu. Dan kita buat tapak untuk roda sekali.

4. Paip pvc tu kita guna yang 15mm class D. Sebab paip ni nipis senang nak buat tiang nanti.

5. Roda 4pcs, beli kedai eco. Kalau tak nak letak roda pun okay.

6. Ok kita start. Step 1, guna elbow joint 4pcs sambung kan dgn paip yg 6 inci dan 14 inci .

7. Step 2. Tebuk lubang untuk ikat roda nanti.

8. Step 3. Pasang roda. Kita guna bolt m6.

9. Step 4. Letak bakul yg pertama dan ikat dgn cable tie kiri dan kanan bakul.

10. Step 5. Letak tiang yang di beri sekali masa beli bakul ni.

11. Step 6. Letak bakul ke-2, untuk tingkat yang kedua.

12. Step 7. Ok yg ini kita guna paip pvc untuk tiang bakul yg ke-3.korang boleh potong ikut tinggi mana korg nak. Kita buat tinggi sikit untuk tingkat ni sebab nanti boleh letak botol-botol kicap atau sos.

13. Ni untuk letak bakul tingkat ke-3. Selepas pasang tiang pvc tadi. Problem kat sini ialah lubang paip tu kecil. So korg kena asah sikit kaki kat bakul tu. Tengok gambar seterusnya.

14. Kita asah yg timbul-timbul tu. Tapi kalau malas nak asah, boleh panaskan sikit paip pvc tu. Lepastu masuk kat kaki bakul tu.

15. Step 8. Letak bakul ke-3 dan letak tiang utk bakul ke-4 nanti.

16. Step 9. Letak bakul ke-4 terakhir

17. Step 10. Letak penutup atas benda ni dapat masa beli bakul tu.

18. Ok siap. Warna dia dengan paip pvc tu lebih kurang sama. Jadi tak payah susah susah nak cat.

Selamat mencuba!

Sumber: Maria Ariana

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×